DIMILIKI OLEH AMELIA HENDERSON, SPOT PICKLEBALL BAHARU DI KL!
Diiktiraf oleh Amelia Henderson sendiri sebagai pemilik bersama, Pickle Depot & Padel Depot menjadi spot baharu Pickleball di Kuala Lumpur.
Sebuah destinasi gaya hidup sukan raket premium kini mencuri perhatian di Kuala Lumpur. Pickle Depot & Padel Depot @ Sentul Depot merupakan tempat di mana sukan, kesejahteraan, dan komuniti bergabung dalam gaya tersendiri. Ditubuhkan bersama pelakon dan usahawan Malaysia Amelia Henderson, Pickle Depot & Padel Depot mencerminkan minat beliau terhadap Pickleball. “Saya memang suka menyatukan orang ramai. Dan tiada cara yang lebih baik untuk melakukannya selain melalui Pickle Depot & Padel Depot. Pickleball dan padel kini menjadi aktiviti sosial yang menyeronokkan, dan sesiapa saja kini boleh temui semangat baharu dalam bandar ini,” kata Amelia.
Menggabungkan 12 gelanggang pickleball bertaraf profesional dan 4 gelanggang padel kelas dunia, Pickle Depot kini menjadi lokasi sukan raket paling menarik. Ia juga merupakan lokasi pickelball terbesar di Kuala Lumpur. Sama ada anda ingin berhubung, bersaing atau sekadar bersantai. Ia boleh menjadi ruang serba moden ini dibina bukan sekadar untuk perlawanan. Malahan, untuk mencipta momen yang bermakna. Pickle Depot menampilkan 12 gelanggang pickleball premium termasuk 1 show court, serta 4 gelanggang MejorSet dengan Mondo Turf. Mereka turut menetapkan penanda aras emas dalam dunia sukan raket di rantau ini. Bakal dilancarkan secara rasmi pada 25 Julai 2025, ia direka untuk pemain dari semua peringkat, inilah tempat terbaik untuk meningkatkan prestasi permainan anda.
Pickleball: RM60 (waktu luar puncak) | RM80 (waktu puncak)
Padel: RM140 (waktu luar puncak) | RM180 (waktu puncak)
Harga Istimewa Padel untuk Julai & Ogos: RM120 (waktu luar puncak) | RM160 (waktu puncak)
Chill & Komuniti di Tepi Gelanggang: The HUB @ Sentul Depot
Lebih daripada sekadar tempat bersukan, Pickle Depot & Padel Depot turut menampilkan The HUB, ruang F&B berkonsepkan gaya hidup. Ruang ini juga dilengkapkan dengan pemandangan indah yang menghadap gelanggang. Tempat sempurna untuk menyaksikan perlawanan, lepak santai bersama rakan, atau menikmati kopi selepas bersukan. Daripada perlawanan santai hinggalah kejohanan bertenaga tinggi, Pickle Depot & Padel Depot direka untuk menjadi lokasi ideal bagi acara, aktivasi jenama, dan pengalaman gaya hidup yang kreatif. Antara rakan jenama jangka panjang yang telah disahkan termasuk Maserati, yang berkongsi visi untuk menggabungkan prestasi dan gaya hidup dalam suasana komuniti yang dinamik.
Lokasi ini turut memperkenalkan WearRamé—jenama athleisure beretika yang diinspirasikan dari landasan fesyen dan direka di Bali. Koleksi barangan eksklusif Pickle Depot & Padel Depot juga boleh didapati di lokasi ini.
Pautan Berkaitan: BAWA GIRLFRIEND ANDA KE 7 LOKASI MATCHA DI LEMBAH KLANG INI!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
SHARNAAZ AHMAD BURU SYAFIQ KYLE
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menggegarkan industri perfileman Malaysia dengan filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga
PICKLEBALL: TREND SUKAN TERBARU DI MALAYSIA UNTUK DICUBA
Pelajari peraturan dan strategi asas pickleball, termasuk teknik servis, kesalahan, dan peraturan zon tanpa voli, untuk meningkatkan permainan anda.
“EXPECT SOME MUSIC FROM ME THIS YEAR!” – SEAN LEE, GLAM LELAKI JULAI/OGOS 2023
Bintang GLAM Lelaki Julai/Ogos 2023, Sean Lee berkongsi harapan menjejak usia 30 tahun, perancangan masa hadapan dan impiannya untuk menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
CINTA KEMBALI BERTAUT, AMELIA HENDERSON BERKONGSI KEISTIMEWAAN AEDY ASHRAF DI MATANYA
Mac 2023 melakar episod bahagia buat Aedy Ashraf dan Amelia Henderson apabila kembali menjalin cinta selepas hampir setahun membawa haluan masing-masing.