Skip to content

DOMINASI BERLELUASA iPHONE X KINI BERMULA

Kongsikan artikel ini

Apple Inc perkenal telefon mudah alih terbaharu, iPhone X (yang turut dipanggil iPhone Ten). iPhone X hadir dengan rekaan yang serba baru. Pada bahagian hadapan, pengguna boleh melihat rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai yang sangat nipis. Malah, ia diperbuat daripada kaca dan keluli tahan karat serta skrin pemapar ‘edge-to-edge’. Antara ciri-ciri menarik ditampilkan, pengguna boleh membuat panggilan dan layari internet pada Apple Watch baharu tanpa perlu membawa bersama iPhone.

Dengan skrin bersaiz 5.8-inci dengan paparan Super Retina yang menawarkan kadar ketumpatan 458PPI, IPhone X juga boleh dicaj tanpa perlu penyambungan sumber elektrik, kamera inframerah dan menggunakan muka sebagai pengecaman. Berdasarkan sumber dari Amanz.com, satu perubahan besar yang dibawakan adalah dimana iPhone X tidak lagi menyertakan butang Home, sebaliknya menggunakan sokongan gesture. Dengan ketiadaan butang Home, Apple turut menambah sebuah ciri baru dinamakan Face ID yang membolehkan anda mengakses peranti melalui imbasan wajah.

Apple turut buat pertama kalinya menggunakan teknologi paparan OLED pada iPhone melalui iPhone X ini. iPhone X akan hadir dalam variasi storan 64GB dan 256GB pada harga bermula $999 (~RM4203) dan akan mula dipasarkan bermula 3 November 2017 nanti. So are you ready for it???

https://www.youtube.com/watch?v=mW6hFttt_KE

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 September 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut

NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI

Bacaan Lanjut
joe flizzow adidas

GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut
angin pasang lelaki

ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!

Bacaan Lanjut

KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT

Bacaan Lanjut