Skip to content

‘DRAMA’ MONDAY BLUES, APA & BAGAIMANA PATUT ANDA KENDALIKANNYA?

Kongsikan artikel ini

Berapa ramai di antara anda yang biasa mendengar rakan merungut atau mengadu malas untuk bekerja? Adakah anda mengenali seseorang yang sering mengambil cuti sakit setiap Isnin? Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan sudah lama wujud terutama apabila terasa ‘kekal beku’ pada satu posisi. Seakan sudah hilang semangat untuk menonjolkan diri. Empat perkara berikut adalah punca utama menyebabkan seseorang mengalami isu di atas.

DRAMA MONDAY BLUES

Istilah ini sering dikaitkan dengan rasa bosan atau malas ke tempat kerja apabila tibanya Isnin. Berikut mungkin penyebab perkara ini terjadi.

1. TIDAK CUKUP REHAT ATAU TIDUR

Bagi mereka yang bekerja di pejabat dan terikat dengan waktu kerja bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, kebiasaannya mereka akan mengambil kesempatan keluar bersama teman atau keluarga pada Sabtu hingga lewat malam. Tidak kurang juga yang gemar menghabiskan cuti dengan menonton televisyen hingga lewat malam dan sudah tentu akan tidur lambat. Maklumlah, mereka tidak perlu bangun awal untuk bekerja pada esoknya. Perkara ini akan berlanjutan hingga malam Ahad dan ini menyukarkan mereka untuk tidur dan bangun awal. Kesannya mereka akan ke pejabat pada keesokan hari dengan berasa serba tidak kena, kurang segar dan tiada mood bekerja kerana tidak mendapat rehat dan tidur yang lebih berkualiti.

 CADANGAN MENGATASINYA

Sekiranya anda mengalami Monday Blues setiap kali tibanya Isnin, cara untuk mengatasi masalah ini cukup mudah. Pada setiap Ahad malam, anda digalakkan tidur awal. Kalau boleh, berada di katil dan bersiap sedia untuk tidur tanpa gangguan gajet seperti tablet termasuk telefon bimbit seawall jam 10.30 malam. Setiap orang lazimnya memerlukan waktu tidur antara tujuh atau lapan jam sehari. Apabila tidur awal, secara semula jadi anda dapat bangun awal keesokannya. Bukan itu sahaja, kelenjar pituitari yang mengawal banyak perkara dalam badan kita juga akan menjadi terangsang dengan optimum apabila tidur anda teratur.

2. TERSILAP KERJAYA

Mungkin anda seorang yang mementingkan tidur dan rehat yang cukup tetapi masih mengalami masalah ini. Jadi apa yang tidak kena? Sindrom ini boleh terjadi dalam situasi di mana, anda melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak serasi dengan diri atau personality anda. Sebagai pakar personaliti warna diri, saya sering berjumpa dengan individu yang mana personaliti mereka adalah personaliti biru. Ini bermaksud, individu ini seorang yang aktif dan perlu sentiasa bergerak. Sekiranya golongan ini membuat kerja melibatkan desktop, lama-kelamaan mereka akan mula berasa bosan dan terikat dengan kerja yang sedang dilakukan. Ini juga menyebabkan sindrom Monday Blues.

CADANGAN MENGATASINYA

Cuba kenali diri dan apakah karekter, kekuatan, kelemahan serta potensi yang ada dalam diri. Menerusinya anda mendapat jawapan kepada apakah kecenderungan personaliti anda. Bermula dari situ, anda boleh membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti diri. Seterusnya menjanjikan kepuasan dan kejayaan dalam jangka masa panjang.

3. BILA BOS JADI PUNCANYA

Perkara yang boleh membuatkan seseorang menjadi tertekan, hilang minat atau semangat untuk bekerja disebabkan majikan, sememangnya satu isu yang agak rumit. Bermula dengan isu biasa kerana salah faham antara pekerja dengan bos ianya boleh bertukar menjadi lebih berat. Malahan jika anda biarkan, sudah boleh sampai ke tahap pembulian!

CADANGAN MENGATASINYA

Jika terjadinya perselisihan faham di antara bos dengan pekerja sehingga mewujudkan rasa stres atau hilang semangat untuk bekerja (selalunya di pihak pekerja), cara paling mudah untuk memperbaikinya adalah dengan berkomunikasi secara telus dengan bos itu. Kenal pasti apakah kehendak kedua-dua pihak dan apakah kemampuan si pekerja untuk memenuhi kehendaknya tadi. Komunikasi sebegini amat penting kerana kedua-dua pihak mungkin tidak cukup mengenali peribadi masing-masing dan oleh itu mudah terjadinya perselisihan faham dan ketidakserasian. Tetapi apabila sudah tahu kemampuan masing-masing, kekuatan dan juga potensi seseorang itu keduadua pihak akan tahu cara untuk fokus pada kelebihan yang ada dalam diri masing-masing.

Sumber: Jelita

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut