ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI
ECCO memperkenalkan koleksi kasut inovatif, mengutamakan keselesaan dan kelenturan dengan pilihan tekstil atau kulit.
ECCO sekali lagi memukau dunia kasut dengan melancarkan koleksi terbaharu, BIOM Infinite, yang menggabungkan keselesaan premium dengan teknologi termaju dan gaya kontemporari. Koleksi sneaker ini adalah pilihan sempurna bagi mereka yang inginkan kasut serbaguna untuk pelbagai aktiviti, sama ada sekadar bersiar-siar di bandar atau menjalani kehidupan aktif.
MELANGKAH KE ERA BAHARU: SELESA DAN BERGAYA BERSAMA KOLEKSI BIOM INFINITE BERSAMA ECCO

Apa yang menjadikan BIOM Infinite pilihan unggul? Reka bentuknya diinspirasikan oleh anatomi semula jadi kaki, memastikan setiap langkah terasa lebih semula jadi, selesa, dan menyokong. ECCO telah meluangkan masa yang lama dalam penyelidikan untuk memahami pergerakan kaki. Menghasilkan kasut yang memberikan rasa umpama tidak memakai kasut langsung – cukup ringan dan fleksibel! Ditambah pula mempunyai lapik kusyen yang empuk menjadikan setiap langkah terasa lebih selesa seperti berada di awan.

Foto: ECCO Infinite Textile (Hijau) Lelaki & ECCO Infinite Textile (Merah) Perempuan
Koleksi ini hadir dalam dua pilihan bahan premium:
- Tekstil: Ringan dan bernafas, sesuai untuk gaya hidup aktif dan iklim panas.
- Kulit: Menampilkan kelembutan mewah ikonik bersama ketahanan tinggi, sesuai untuk penampilan klasik yang tahan lama.
Bukan hanya kasut ini kelihatan cantik di mata, malahan BIOM Infinite dilengkapi dengan teknologi seperti Ortholite® insole yang menjamin keselesaan sepanjang hari. PHORENE™ midsole yang ultra ringan serta BIOM® NATURAL MOTION®. Menyokong pergerakan semula jadi, menjadikan setiap langkah lebih stabil dan bebas dari rasa berat.
Anda boleh memilih dari pilihan warna versatil – Merah, Hitam, dan Putih untuk wanita; Hijau, Hitam, dan Putih untuk lelaki – yang sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya.

Koleksi BIOM Infinite kini boleh didapati di stor ECCO terpilih seperti Pavilion KL, Suria KLCC. Ini juga boleh didapati di di Kedai Rasmi ECCO Online. Inilah masanya untuk melangkah dengan gaya dan keselesaan tanpa kompromi!
Pautan Berkaitan: KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
KLFW 2025 hadir dengan penuh penantian. Penghargaan buat pereka-pereka lagenda serta pentas permulaan buat pereka baharu dunia fesyen.
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.











