FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers
Siri dokumentari FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers mengikuti pasukan Johor Darul Ta’zim FC dalam perjalanan mereka menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia sebanyak enam kali sehingga hari ini.
Berita baik buat peminat sukan bola speak di Malaysia, terutamanya peminat pasukan Johor Darul Ta’zim FC! Bermula awal bulan ini, anda kini boleh menonton siri dokumentari FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers secara eksklusif terus ke televsiyen melalui Astro First.

Foto: Nike.com
Siri dokumentari lima-episod ini akan mengikuti pemain dan personaliti di sebalik kejayaan Johor Darul Ta’zim FC dalam menjulang trofi Liga Super Malaysia sebanyak enam kali. Setiap episod yang berdurasi 22 minit ini akan fokus kepada beberapa tema utama seperti ‘Mencipta Sejarah, ‘Zon Perang’, ‘Keluarga’, ‘Empayar’; dan ‘Majesty’. Ia akan menceritakan bagaiman kerja keras dan emosi mereka dalam mengecapi kegemilangan sehingga ke hari ini.
FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers dirakamkan ketika musim kejohanan antara 2019 dan 2020. Siri dokumentari ini juga akan menceritakan bagaimana kejayaan gergasi bola sepak Asia Tenggara ini telah memberikan impak kepada negeri Johor Darul Ta’zim, dan seterusnya kepada komuniti bola speak di Malaysia.
Peminat pasukan Johor Darul Ta’zim FC boleh menonton siri dokumetari ini dengan bayaran sewaan sebanyak RM15 (tidak termasuk cukai 6%) selama 48 jam melalui Astro First Saluran 480. Anda juga boleh menggunakan On Demand Store dengan sambungan WiFi ke PVR Box, Ultra Box dan juga aplikasi Astro Go. Dapatkan lebih maklumat di sini.
Baca lebih lanjut: RECHARGE BERSAMA VOLVO XC40 RECHARGE T5
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Berita baik, kini terdapat pelbagai pilihan fon kepala terbaik di pasaran yang direka khusus untuk menyokong gaya hidup aktif anda.
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID
Pelakon anggun dan molek Malaysia, Eyka Farhana akhirnya selamat bertunang bersama pilihan hatinya, Akhyar Rashid.
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.