Skip to content

Festival Glastonbury 2021 Dibatalkan

Kongsikan artikel ini

Buat dua tahun berturut-turut, festival muzik dan seni paling popular Glastonbury terpaksa dibatalkan kerana penularan pandemik Covid-19 yang kekal meningkat.

Januari 2021 belum lagi berakhir, tetapi macam-macam sudah terjadi. Kali ini, berita yang cukup mengecewakan buat peminat muzik pula telah diumumkan. Festival Glastonbury edisi tahun ini terpaksa dibatalkan. Menurut kenyataan rasmi, festival ini terpaksa ditangguhkan buat dua tahun berturut-turut disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang terus meningkat di United Kingdom dan seluruh dunia.

Berita itu telah diumumkan oleh penganjur festival iaitu Michael dan Emily Eavis melalui laman web rasmi dan platfom media sosial mereka. Menurut kenyataan itu, walaupun pelbagai perkara telah dilakukan tetapi sudah jelas mereka tidak boleh meneruskan festival tahun ini. Tambah mereka lagi, tiket yang sudah dibeli akan dibawa ke edisi tahun hadapan.

 

 

Pada 4 Januari lalu, ahli Spice Girls, Mel B telah memberitahu BBC Radio S Live tentang pembatalan festival kali ini. Tetapi berita itu telah disangkal oleh Emily Eavis yang berkata pihak penganjur akan melakukan segalanya untuk memastikan festival tahun ini diteruskan. Dia turut berkata mereka telah kehilangan jutaan Pound Sterling tahun lalu. Bapanya pula pernah berkongsi yang festival itu mungkin akan muflis jika Glastonbury terpaksa dibatalkan lagi.

Saban tahun, festival yang diadakan di Pilton, Somerset, England ini akan menyaksikan kehadiran 200,000 peminat muzik dari seluruh dunia. Festival selama lima hari itu bukan sahaja menampilkan persembahan muzik, tetapi juga seni pementasan, tarian, komedi, sarkas, kabaret dan banyak lagi.

Festival tahun lalu yang merupakan edisi ulang tahun ke-50 sepatutnya dihangatkan oleh persembahan daripada legenda Sir Paul McCartney, Taylor Swift dan Kendrick Lamar, tetapi terpaksa dibatalkan kerana perintah kawalan pergerakan yang dilakukan oleh kerajaan United Kingdom pada Mac 2020.

 

Baca lebih lanjut: MAKAN INI UNTUK MENINGKATKAN STAMINA SEKSUAL DAN ORGASME

Foto: telegraph.co.uk

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

Bacaan Lanjut
kendrick lamar

KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME

Bacaan Lanjut
good vibes festival 2024

GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut