G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL
Raja K-Pop, G-Dragon memberi kejutan menggembirakan apabila mengumumkan konsert Übermensch World Tour pada bulan lalu.
Ini menandakan konsert solo pertamanya dalam tempoh lapan tahun. Konsert jelajah dunia itu akan dimulakan dengan dua persembahan di Stadium Goyang, Seoul pada 29-30 Mac 2025.
Dan berita baik buat peminat di Malaysia, penyanyi berusia 37 tahun itu akhirnya mengumumkan akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan Übermensch World Tour.
Konsert anjuran AEG Presents Asia ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Julai 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
G-Dragon Hiburkan Peminat Dengan Karya Terbaru
Konsert Übermensch World Tour adalah bersempena pelancaran album studio ketiganya, Übermensch yang menemui peminat pada 25 Februari lalu.
Dalam konsert itu, G-Dragon dijangka akan menyanyikan barisan lagu terbarunya termasuk Power, Home Sweet Home, Too Bad dan Drama. Setakat ini maklumat lanjut mengenai harga dan tarikh penjualan tiket masih belum diumumkan.
Selain Kuala Lumpur, ketua kumpulan BigBang itu akan turut membuat persembahan di Tokyo, Taipei, Bulacan, Osaka, Jakarta, Macau dan Hong Kong.
Kali terakhir G-Dragon membuat persembahan solo di Malaysia adalah pada tahun 2017 menerusi konsert Act III: M.O.T.T.E World Tour. Siri jelajah itu berjaya memukau lebih 650,000 penonton menerusi 36 persembahan hebat.
Berlangsung selama empat bulan, ia mencipta rekod sebagai konsert solo K-Pop terbesar dalam sejarah ketika itu.
Foto: YouTube
Pautan berkaitan: KRIS DAYANTI HADIAHKAN KONSERT BUAT PEMINAT SELEPAS LAPAN TAHUN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP
Gaya rambut memainkan peranan besar buat lelaki. Setiap gaya rambut atau warna mampu mengubah aura yang ingin ditonjolkan.
G-DRAGON KEMBALI BERAKSI DI PENTAS KONSERT JELAJAH DUNIA
Konsert solo yang diberi nama Ubermensch itu akan dimulakan dengan dua persembahan di Goyang yang terletak di barat laut Seoul.
GAYA PUSHING THE BOUNDARIES G-DRAGON
Dalam dunia fesyen, G-Dragon sentiasa mendahului trend, dan di pertunjukan Chanel SS25 Haute Couture, dia membawa tuxedo ke tahap baharu.
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.
BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang. Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan…