GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU
Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.
Generasi yang paling progresif sehingga hari ini, Volkswagen melangkah maju ke dunia digital dengan perkenalan model hatchback ikonik yang terbaharu. Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.
Model terbaharu ini mengekalkan reka bentuk Golf yang kekal ikonik sepanjang zaman. Dengan sentuhan R-Line, ia direka dengan memberikan tumpuan kepada kecekapan aerodinamik, bampar hadapan berbentuk ‘C’ yang lebih rendah untuk prestasi yang lebih responsif. Penampilan sporty disempurnakan lagi dengan rim aloi Valencia bersaiz 17 inci dan sepasang paip ekzos krom dengan hiasan berbentuk trapezoid.
Selari dengan reka bentuk baharu, Golf R-Line menggunakan enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan shift by wire. Ia menjanjikan prestasi yang melangkaui jangkaan dalam memberikan keterajuan ketika pemanduan.
Aspek digital menjadi taruhan utama kali ini untuk memberikan kemudahan dan ketersambungan yang lebih lancar. Operasi intuitif kereta hatchback ini disokong oleh sistem kawalan suara pintar yang boleh diaktifkan dengan mudah melalui “Hello Volkswagen” atau menekan butang suara pada stereng. Ia memberi respons kepada arahan suara seperti “Saya sejuk” dan akan menaikkan suhu pendingin hawa.
Model ini didatangkan dalam lima warna termasuklah dua warna baharu iaitu kelabu (Moonstone Grey) dan merah metalik (metallic Kings Red). Warna lain adalah biru metalik (Atlantic Blue), serta hitam (Deep Black) dan putih Mutiara (Oryx White).
Golf R-Line serba baharu ini ditawarkan dari harga RM169,990 (RRP) dan hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Layari www.volkswagen.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Foto: Volkswagen Passenger Cars Malaysia
Baca lebih lanjut: “I AM READY TO COMPETE!” – IRFAN SHAMSUDDIN KONGSI PERSEDIAAN KE SUKAN KOMANWEL 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.
5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023
Apakah motosikal yang termahal di dunia tahun ini? Walaupun ada yang hanya dipamerkan di muzium, semak senarai ini untuk mengetahui motosikal atau superbike yang berjaya menduduki senarai teratas.
GLAM LELAKI RAI ULANG TAHUN KE-15 BERSAMA ALPHAMEN 2022
Mengangkat tema “Joyful Future”, GLAM Lelaki ke-15 meraikan ulang tahun ke-15 bersama 15 Alphamen 2022 dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air.
IT’S NOT A CAR, IT’S A VOLKSWAGEN
Deruan energi Joyful Future dibawakan oleh Volkswagen Malaysia. Malam acara tahunan Alphamen Edisi 2022, ini turut meraikan ulang tahun ke-15 bersama Volkswagen sebagai penaja rasmi automotif malam itu.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
Keanggunan Nan Agresif
Arteon R-Line baharu tampil mengimbangi kuasa, karakter serta karismanya. Mengemudi stereng yang disokong sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurkan kuasa buat memberi cengkaman serta kawalan lebih baik.