HUAWAI NOVA 5T TAWAR TELEFON PINTAR DENGAN 5 KAMERA AI
Huawei baru baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 5T yang bertempat di Plenary Hall KLCC. Menawarkan reka bentuk menawan serta tawaran 5 kamera, Nova 5T adalah cukup sesuai buat mereka yang inginkan satu peranti yang mampu untuk lakukan semua – menangkap gambar yang cantik, lancar ketika bermain permainan tanpa sebarang gangguan serta melakukan kerja harian.
Menawarkan lima kamera kecerdasan buatan (AI), kameranya mampu menghasilkan gambar yang jelas walaupun berada di persekitaran yang kurang pencahayaan, kamera 48MP Quad AI di belakang dan kamera depan swafoto 32MP untuk mengambil gambar yang jelas dalam julat cahaya rendah.
HUAWEI nova 5T ini menawarkan versi EMUI 9.1, memiliki set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia, menggunakan set chip terunggul HUAWEI sendiri iaitu Kirin 980 yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM yang terdiri dari teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.
Ketika pelancaran, turut menampilkan Azira Shafinaz, Mark O’dea dan Pinda Panda menerangkan secara terperinci penggunaan telefon pintar ini dari segi kamera, kerja harian dan pengalaman gaming.
Untuk bateri pula, bateri berkapasiti 3750mAh ditawarkan bersama teknologi 22.5W SuperCharge yang pengecasan sehingga 50% dalam masa yang singkat iaitu sepantas30 minit sahaja. Pra tempahan akan dibuka bermula 29 Ogos 2019 hingga 5 September ini pada harga RM1599 sahaja dengan jaminan selama 1 tahun.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
3 DRAMA MEERQEEN DENGAN RATING TERTINGGI DI MALAYSIA
Nama Meerqeen semakin kukuh sebagai pelakon lelaki yang berbakat dan versatil. Dengan aura yang tersendiri, wajah tampan dan lakonan yang penuh emosi, setiap drama yang dibintanginya sentiasa mendapat perhatian peminat
RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?
Ramadan semakin hampir, membawa bersama keberkatan dan keampunan. Namun, adakah anda benar-benar bersedia?
BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY
"Odyssey" menampilkan material poli karbonat ringan dengan corak 3D Intreccio, teknik anyaman ikonik yang mendefinisikan identiti Bottega Veneta.
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.