LELAKI MODEN 2020: INI PANDUAN UNTUK ANDA MENEMPUH TAHUN BARU
Di zaman serba canggih ini, kami percaya lelaki moden ditakrifkan sebagai seorang lelaki yang matang, berfikiran terbuka, memiliki etika seorang gentleman dan berkemahiran. Jika tahun-tahun sebelumnya, seorang lelaki dikira kedesaan dek personaliti dan pembawaan diri, dan jika hari ini anda mengakui anda seorang lelaki moden, maka sudah tiba masanya untuk anda berubah. Ini diperlihat melalui 12 perkara seorang lelaki moden patut ingkar dari lakukan. Jika tidak, ya anda masih di takuk lama. Oleh itu, GL senaraikan 12 perkara lelaki moden zaman kini patut elakkan untuk tahun 2020 ini.
1. ENGGAN CUBA PENGALAMAN BARU
Sekiranya anda seorang lelaki yang takut untuk mencabar diri dengan pengalaman-pengalaman baru, there’s no reason you’d call yourself as a modern man. Pada era kini, sikap masih ragu-ragu dengan keupayaan diri malah takut kecewa sekiranya apa yang dirancang tidak berhasil perlu dicampak jauh dari dalam hidup anda. Life is like a sky! Banyak perkara boleh anda lakukan, dan banyak pengalaman baru boleh anda kutip. Just go for it!
2. MENCEMBURUI KEJAYAAN ORANG LAIN
Tidak salah jika ia membuatkan anda lebih bersemangat dalam mencapai apa yang diimpikan. Namun, sekiranya anda cemburu dan disertakan dengan agenda tersendiri dalam niat menjatuhkan, apa hal bro! Tak matang langsung! Buang jauh-jauh sikap dengki dengan kejayaan orang lain, dan mula untuk pandang ke hadapan dan buru kejayaan sendiri.
3. MERUNGUT TAK SUDAH SUDAH
Ya, dunia ini penuh dengan cabaran, dari setiap sudut sisi dan sipi namun janganlah anda asyik merungut dan complaint tak sudah-sudah sampai semua orang sakit hati. Siapa yang tidak dihimpit dengan masalah, bukan? Oleh itu, dalam era moden masa kini, jiwa dan diri jua perlulah moden. Jangan asyik diikutkan gejolak hati dan memberontak tak henti-henti. So not cool man!
4. MERAJUK
Bila ada saja tidak kena, tambahan pula dalam soal berpasangan lelaki zaman kini dilihat terlebih manja. Menanti untuk dipujuk, jika tidak merajuk. Alahai come on guys, merajuk bukanlah sikap seorang lelaki moden yang tabah dan kental. Sikit-sikit mungkin boleh dimaafkan, namun jika ia berlarutan, ia memang tidak boleh diterima! Tambahan pula, muka mencuka sepanjang masa semestinya tidak elok untuk wajah anda. Bak kata orang-orang tua, nampak tua. Anda mahu?
5. MENGOBJEKKAN PASANGAN
Zaman kini, anda atau pasangan bukan lagi ‘benda’ yang boleh dikategorikan sesuka hati. Mengobjekkan pasangan dengan ayat, ‘perempuan itu aku yang punya’ adalah sangat lame, sensitif dan kurang ajar. Kami sememangnya membantah sekeras-kerasnya perilaku ini. Gunakan ayat-ayat manis yang menyejukkan hati pasangan. Percayalah, anda tidak akan kelihatan less a man pun.
6. MUDAH PUTUS ASA
Anda kena kuat! Di zaman serba moden ini, ternyata banyak cabaran yang perlu dilalui dan ada kala sesiapa sahaja boleh tersungkur. Namun, berputus asa bukan satu pilihan. Anda perlu bangkit dan jangan pernah mengalah. Amalkan untuk berjalan tanpa dipimpin. Ada kalanya, anda perlu hidup sendirian kerana di zaman sekarang ini, you are all by yourself.
7. BULI
Oh no! Sikap dan perangai ini sewajarnya tidak patut dilakukan lagi di zaman serba moden kini. Membuli tidak semestinya dalam bentuk fizikal, tetapi termasuk dalam bentuk emosi dan rohani. Jika anda seorang lelaki yang moden dan matang, sikap ini sepatutnya dielakkan, walaupun anda pernah dibuli sebelum ini.
8. FIKIR ANDA TAHU SEGALANYA
Sikap ini sememangnya ada kala menjelikkan. Apabila berbicara bersama sahabat-sahabat rapat, anda canang satu dunia seakan anda paling bijak dan tahu perihal semua benda. Anda ego dan anda tidak mahu untuk menyatakan bahawa anda kurang berpengatahuan mengenai bab tersebut. Kenapa perlu malu? Lelaki moden adalah lelaki yang tahu akan kelemahan diri, perbaiki dengan segera dan terus mencari ilmu dan pengetahun untuk ditambah. Barulah moden!
9. ENGGAN MAKAN SEORANG DIRI
Ingin kami nyatakan di sini, dilihat bersendirian tidak bermaksud anda lemah, sering dipulaukan, sentiasa keseorangan mahupun tiada siapa mahu berkawan dan mendekati. Itu adalah stigma lapuk yang perlu dicampak jauh-jauh. Ada kalanya anda memerlukan masa untuk memikirkan masa depan tanpa perlu cadangan dan diadili sesiapa. Masa kini, lelaki moden tidak boleh malu atau enggan makan seorang diri. Lelaki moden percaya mereka adalah seorang yang berdikari tanpa perlukan sesiapa.
10. BOROS KEMUDIAN MERUNGUT
Ya, lelaki moden zaman kini sewajarnya perlu bijak dalam pengurusan kewangan tambahan pula dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Lelaki tidak sepatutnya boros dan menghabiskan duit semata untuk memenuhi tuntutan ‘nafsu’ peribadi. Tambah merimaskan adalah apabila anda boros dan kemudian merungut dan melenting, buat-buat pelik ke mana duit semua? Sikap ini ternyata sangat annoying! Oleh itu, elakkan!
11. TAK AMBIL KISAH PERAPIAN DIRI
Enggan terlalu ambil kisah mengenai perapian diri adalah kriteria lelaki zaman dulu. Ada kala harapkan wajah saja kacak tetapi muka berjerawat, nafas dan badan berbau, jari tangan kotor sentiasa, rambut berkelemumur, leher berdaki dan sebagainya. Jadi, sudah tiba masanya untuk anda menjaga diri anda. Jika diri sendiri tidak dijaga rapi, bagaimana anda ingin menjaga anak dara orang lain? Fikir-fikirkan.
12. BUAT KERJA SAMBIL LEWA
Tahukah anda betapa susahnya zaman sekarang untuk mencari kerja? Syarikat mulai membuang pekerja dan banyak yang ‘gulung tikar’ ataupun tidak membuat sebarang pengambilan. Lelaki moden sewajarnya melihat isu ini sebagai satu keadaan yang membuka mata dan jiwa anda untuk bersyukur dengan apa yang ada. Sekirang sudah memiliki kerjaya, cubalah sehabis daya untuk berikan yang terbaik. Janganlah kerja semata ingin dapatkan gaji.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT
Kaum lelaki perlu mengelak untuk mengambil beberapa makanan ini yang berpotensi untuk memberikan kesan negatif kepada kesihatan zakar dan stamina seksual nanti.
STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID
Bagi peminat chef selebriti terkenal Gordon Ramsay, anda kini boleh menikmati makanan lazat di restoran terbarunya Street Pizza di Sunway Pyramid.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA
Daripada menunggu lamaran cinta hati, barisan selebriti ini memilih untuk mengabaikan gelaran 'perigi cari timba' dan melamar lelaki idaman.