Skip to content

KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN

KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN

Kongsikan artikel ini

The It Boy is back! Kai dari EXO akhirnya sudah menamatkan latihan ketenteraannya selepas setahun sembilan bulan. 

It boy kegemaran ramai, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong-in telah menamatkan latihan ketenteraannya pada hari Isnin, 10 Februari. Kai memulakan latihan ketenteraannya pada Mei 2023 yang lalu. Penantian oleh peminat-peminatnya membuatkan nama Kai tular di media sosial minggu ini. Gelaran ‘Mr Rover’ yang dipetik oleh lagunya Mr Rover tular di aplikasi TikTok dan X diikuti ayat ‘Mr. Rover is back’ dan #WelcomeBackOurKai.

Selain daripada peminatnya, EXO-L, ahli EXO juga cukup teruja dengan kepulangannya. Chanyeol, Baekhyun dan Suho menghantar pesanan kepada peminat mereka melalui aplikasi Bubble tentang keterujaan mereka. Selepas tamat latihan ketenteraan ini, hanya tinggal ahli termuda EXO iaitu Sehun yang masih berada di dalam latihan. Ahli EXO itu juga dijangka bakal membuat kemunculan di konsert jelajah syarikat mereka, SMTOWN 2025. Klu ini diberikan oleh ahli EXO sendiri, Chanyeol.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EXO_CY (@real__pcy)

Sehari selepas tamat latihan ketenteraannya, Kai membuat kemunculan secara langsung di platform YouTube, TikTok dan Weverse. Kemunculan pertamanya selepas satu tahun sembilan bulan disambut dengan penuh meriah oleh EXO-L. Lebih dari 40,000 peminat menonton siaran langsungnya di YouTube.

Kai

Sebagai penari utama kumpulan Korea Selatan EXO, Kai mempunyai populariti yang tinggi, walaupun sebagai individu. Dia juga merupakan salah seorang selebriti Korea Selatan yang mula dijemput ke acara fesyen antarabangsa. Akibat impaknya, dia pernah berkolaborasi bersama Gucci untuk koleksi beruang mereka.

Pautan Berkaitan: TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

Bacaan Lanjut
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

Bacaan Lanjut
KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA

KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA

Bacaan Lanjut
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
10 LAGU K-POP DALAM CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC

10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN

Bacaan Lanjut
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024

SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut