Skip to content

KARL-HEINZ WEIGANG, BEKAS JURULATIH PERAK MENINGGAL DUNIA

Kongsikan artikel ini

Bekas jurulatih Perak yang merupakan antara jurulatih yang cukup digemari oleh peminat The Bos Gaurus iaitu Karl-Heinz Weigang dilaporkan telah meninggal dunia. Ini disahkan sendiri menerusi akaun Twitter personaliti Astro Akbar Sahari. Berdasarkan post tersebut, jurulatih vateran itu meninggal dunia di Jerman akibat serangan jantung. Weigang berumur 81 tahun.

(Sumber foto: Utusan Online)

Menerui portal Utusan, Weigang yang pernah melakar sejarah membawa skuad kebangsaan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Munich 1980 itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Pengendali berasal dari Jerman itu cukup sinonim dengan bola sepak Perak selepas berjaya mengemudi skuad Bos Gaurus itu menjuarai Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Weigang pernah membimbing Perak sebanyak dua kali namun meninggalkan pasukan pada Februari lalu selepas kontraknya ditamatkan. Karl-Heinz Weigang lahir pada 24 Ogos dan merupakan seorang jurulatih yang berasal dari Jerman.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Jun 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ESCAPE SEORANG DIRI: 8 HIDDEN GEMS DI MALAYSIA YANG SEMPURNA UNTUK HEALING DAN RECHARGE

Bacaan Lanjut

NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI

Bacaan Lanjut

BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI

Bacaan Lanjut

HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS

Bacaan Lanjut
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR

MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut