KATIL ‘ANTI-SEKS’ CETUS KONTROVERSI DI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020
Atlet dan juara Eropah, Rhys McClenaghan yang mewakili Ireland dalam sukan gimnastik artisitk telah melakukan eksperimen untuk mencuba tahap kekuatan katil tersebut. Melalui satu hantaran di akaun media sosialnya, dia telah melompat-lompat di atas katil itu. Dia mengesahkan “It’s fake! Fake news” pada video yang kini lebih 3.4 juta kali di Twitter.
Khabar angin mengenai katil ‘anti-seks’ ini dikatakan bemula selepas atlet Amerika Syarikat, Paul Chelimo membuat satu hantaran di akaun Twitter miliknya. Dia telah memuat naik gambar katil kadbod tersebut bersama kapsyen “katil yang bakal digunakan di perkampungan Olimpik di Tokyo diperbuat daripada kadbod, kerana bertujuan untuk mengelakkan para atlet melakukan hubungan intim”.
Tokyo 2020 adalah sukan Olimpik musim panas kedua yang bakal dianjurkan oleh Jepun. Sebelum ini, Tokyo menjadi bandaraya Asia pertama menjadi hos kepada sukan terbesar ini pada 1964. Sukan Olimpik ini juga adalah yang kedua daripada tiga penganjuran yang diadakan di Asia Timur selepas Pyeongchang, Korea Selatan pada 2018 dan Beijing pada 2022 nanti. Let the Games begin!
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: ROGER FEDERER TARIK DIRI DARIPADA SUKAN OLIMPIK TOKYO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE MALAYA OLEH RIZMAN RUZAINI BAKAL DIGAYAKAN KONTINJEN MALAYSIA DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024
Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan pada 26 Julai 2024 di Sungai Seine di ibu kota Perancis.
5 PENYANYI LELAKI YANG PERNAH MENJADI PEMBAWA OBOR OLIMPIK SELAIN JIN BTS
Kenali barisan bintang Hollywood yang pernah menyertai acara larian obor Sukan Olimpik sejak dua dekad lalu.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX
Descente kini tiba di Malaysia! Peminat boleh menggayakan koleksi pakaian sukan premium yang berprestasi tinggi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.