SETAHUN MENDUDA, KEITH FOO AKUI SELESA HIDUP SOLO
Baru saja muncul dalam KL Gangster Underworld 2 yang ditayangkan bulan lalu, Keith Foo bakal tampil pula dalam filem romantik-komedi bertajuk Autumn In Wales, yang menjalani penggambaran tiga tahun lalu.
Dan melihatkan satu hantaran di Instagram, dia nampaknya bakal membintangi satu lagi drama yang mungkin akan ditayangkan Ramadhan nanti bertajuk Yang Bakal Mati Ramadhan Ini.
Begitulah sibuknya perjalanan seni Keith Foo, bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga sebagai duta. Baru-baru ini, dia dilantik menjadi duta produk kecantikan Crystal C White bersama Natasha Hudson.
Mungkinkah disebabkan terlalu sibuk, pelakon kacak ini tidak berkesempatan untuk mencari cinta baru setelah berpisah dengan isteri, Kim Raymond pada Disember 2019.
Menjawab pertanyaan itu, jelas Keith, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini. “Hati saya masih terbuka untuk bercinta, cuma buat masa ini saya tidak mencari, tidak terfikir pun. Bahkan, tiada wanita yang cuba mendekati saya.”
“Anak sudah cukup untuk mengisi kekosongan hati saya,” katanya merujuk kepada anak perempuannya, Skylar Raymond Foo yang baru berusia empat tahun. Nampaknya dia selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali menjalin ikatan dengan bekas isteri.
“Kami sudah sangat selesa dengan kehidupan sekarang, kenapa perlu ubah? Kami berpisah pun untuk sesuatu yang lebih baik,” ujarnya.
Tambah Keith, bukan semua perceraian adalah negatif, kadangkala ia demi kebaikan. Fokus utama mereka sekarang adalah untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai ibu dan bapa terbaik buat Skylar.
Walaupun selesa berstatus solo, namun Keith tidak menghalang bekas isterinya mencari pengganti. “Saya okey sahaja, asalkan dia gembira. Macam dia nak keluar pergi dating, pergilah… I’m so happy for her. Lagipun saya di rumah boleh jaga anak.”
Bapa yang hebat!
Pautan berkaitan: “SUAMI HEBAT!” – ARNOLD SCHWARZENEGGER PUJI MENANTU, CHRIS PRATT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG
Ramadan kali ini membawa makna yang berbeza buat Fattah Amin. Tahun-tahun lalu, dia menunaikannya sebagai seorang suami, berbeza tahun ini.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.