KENAPA REMBAYUNG SUDAH VIRAL SEBELUM DIBUKA; DAN APA YANG ISTIMEWA TENTANGNYA
“Hey wassap gaiss!!” tagline yang selama ini sinonim dengan video masakan paling berpengaruh di media sosial Malaysia kini membuka babak baharu yang jauh lebih besar.
Khairul Aming sekali lagi membuktikan bahawa kerja keras dan konsistensi dalam berkarya sentiasa membuahkan hasil. Selepas 10 tahun membina empayar digital daripada video “masak simple” di dapur sewa, ke fenomena Sambal Nyet dan Dendeng Nyet akhirnya melangkah ke fasa paling signifikan dalam kariernya: pembukaan restoran pertamanya, Rembayung, hanya 9 minit dari KLCC.
REMBAYUNG
Dalam Instagram Live khas, KA menjelaskan perjalanan sebenar di sebalik projek ini, dan dari cara dia bercerita, anda boleh rasa satu perkara jelas: Rembayung dibuat dari hati, bukan kerana mahu mengejar trend F&B. Restoran dua tingkat ini berdiri megah di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi dengan kapasiti sehingga 250 pelanggan pada satu masa.

Lebih mengejutkan, KA mengesahkan modal yang dilaburkan mencecah RM4 juta, menjadikannya projek terbesar sepanjang kariernya. Dan seperti biasa, dia lakukan semuanya tanpa gimik. Hampir setahun projek ini berjalan secara senyap, tanpa teaser, tanpa content progres sehingga tiba-tiba muncul satu perkataan yang kini trending seluruh Malaysia: Rembayung.
FILOSOFI REMBAYUNG YANG MEMBEZAKANNYA
Berbeza daripada kebanyakan restoran viral, Rembayung memilih sistem reservation only, bukan walk-in. Bagi mengelakkan pelanggan beratur berjam-jam seperti kebanyakan tempat popular. Misinya jelas: pelanggan datang, duduk, makan, dan menikmati pengalaman tanpa stres. Malah, pesanan dilakukan menggunakan borang fizikal, bukan QR code. Cara ‘old-school’ yang KA pilih demi memastikan pelanggan fokus pada makanan, bukan pada skrin telefon.
KA juga menekankan satu perkara penting: semua staf adalah rakyat Malaysia. Dalam dunia F&B yang semakin bergantung pada foreign workers, keputusan ini nampak kecil tetapi sangat besar maknanya. Ia tentang membuka peluang, membina komuniti, dan menyokong tenaga kerja lokal.
Terletak di Kampung Baru, lokasi ini bukan sahaja penuh jiwa tradisi Melayu, tetapi mudah diakses pengangkutan awam. Masalah parkir? “Biar orang Kampung Baru gelak dulu,” kata KA, tetapi sekurang-kurangnya restoran ini menyediakan surau kecil untuk keselesaan pelanggan. Antara ciri ‘thoughtful’ yang menunjukkan dia sangat faham siapa majoriti crowdnya.
Bagi mengekalkan aliran kunjungan yang teratur, setiap pelanggan diberi limit masa 1 jam 50 minit. Hal ini untuk memastikan semua orang mendapat giliran tanpa menunggu terlalu lama. Dan yang paling luar biasa, belum pun dibuka, Rembayung sudah menerima ribuan review sehingga listing Google Maps terpaksa di-hide dua kali kerana orang spam rating 5 bintang.
Dengan pembukaan rasmi dijadualkan pada Januari 2026, Rembayung bukan sekadar restoran baharu. Ia adalah simbol 10 tahun perjalanan seorang anak Kelantan yang percaya pada kerja keras, kesungguhan, dan prinsip “buat kerja tanpa bunyi, hasil yang bercakap”.
Artikel Berkaitan: 5 INFLUENCER MASAKAN YANG BERPENGARUH 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 INFLUENCER MASAKAN YANG BERPENGARUH 2025
5 pempengaruh masakan yang mencorak landskap kulinari Malaysia pada 2025, dengan resipi mudah, video kreatif dan perjalanan inspiratif mereka.
ENGGAN KUTIP DERMA BANJIR DI KELANTAN, 5 PERKARA BUAT KHAIRUL AMING DIKAGUMI ANAK MUDA!
Khairul Aming menasihati generasi muda yang bercita-cita menjadi pencipta kandungan agar menamatkan pelajaran mereka terlebih dahulu.










