Keselesaan Seluar Dalam Tahap Maksimum
Mengimbangi kepelbagaian susuk tubuh badan lelaki, Comfort Republic memperlihatkan inklusiviti menerusi barisan seluar dalam terbaru mereka. Secara tidak langsung, menjanjikan keselesaan yang maksimum untuk para jejaka masa kini.
Rata-rata kaum lelaki tidak mengambil berat mengenai seluar dalam mereka. Apatah lagi untuk mengambil tahu jenis seluar dalam yang selesa untuk disarungkan dalam melindungi serta meningkatkan keyakinan diri. Setiap lelaki perlu mengambil tahu jenis seluar dalam yang hendak dipakai kerana terdapat pelbagai variasi seluar dalam di dalam pasaran.
Ini termasuk, briefs, boxers, boxer briefs, G-String dan jockstraps. Namun kebanyakkan kita lebih gemar menyarungkan boxer briefs, kerana ia memberi keselesaan yang maksimum. Di samping itu memberi kitaran darah yang baik, tidak melemaskan dan paling utamanya menjaga tahap kesuburan kita.
Bersempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut selasa depan. Comfort Republic membentangkan barisan seluar dalam jenis boxer briefs, (Apollo+) Edisi Terhad Malaysia. Mula terjual menerusi laman web Comfort Republic mulai 20 Ogos lalu, koleksi ini tampil tepat pada waktunya. Mendakap kesatuan kemasyarakatan yang berbilang kaum, boxer brief (Apollo+) ditawar dari saiz S sehingga 6XL dengan cetakan corak buah-buahan dan set sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia.
Diperbuat dari fabrik organik yakni 95% Bamboo Viscose & 5% Spandex, boxer brief (Apollo+) menawarkan keselesaan kantung 3D yang ekstrem juga fabriknya tahan lasak. Tampil dalam dua variasi, The Breakfast Set berwarna biru gelap; dan King and Queen of Fruits dalam warna merah hati; seluar dalam ini didedikasikan untuk meraikan masyarakat Malaysia yang berbilang budaya.
Sekali gus, menyebarkan mesej positif dalam meraikan kepelbagaian susuk tubuh badan lelaki yang sudah menjadi misi Comfort Republic sejak mula ditubuhkan pada tahun lalu. Bertujuan untuk memperkasakan semua bentuk serta ukuran susuk tubuh lelaki di dalam menyelami keselesaan yang maksimum.
Foto: Comfort Republic
Baca lebih lanjut: GENERASI SKUTER URBAN METROPOLITAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU
Bintang Thailand, Bright Vachirawit membintangi kempen Calvin Klein Underwear untuk rantau Asia bersama model Jepun, Maryel Uchida dan pelakon China, Kuan Chen.
TIP PEMILIHAN SELUAR DALAM LELAKI TERBAIK
Pemilihan seluar dalam lelaki terbaik adalah sangat penting. Ia bakal mempengaruhi keselesaan, kebersihan serta kesihatan si pemakai.
Satu Saiz Seluar Dalam Untuk Semua
sloggi mempersembahkan koleksi seluar dalam, Men GO Allround dalam satu saiz yang menggunakan fabrik stretchable ekstrim dengan garis moden untuk memberikan keselesaan yang sebenar.
INTIP KRITERIA LELAKI BERDASARKAN PEMILIHAN SELUAR DALAM
Anda seorang bad boy atau good boy, ini boleh dilihat kepada seleksi seluar dalam yang anda pakai.
5 KESALAHAN PEMAKAIAN SELUAR DALAM LELAKI
Jangan terkejut sekiranya ada lelaki tidak sempat mencuci seluar dalam mereka, bertindak membalikkan bahagian dalam menjadi luar, lalu menyarungnya kembali.
PIETRO BOSELLI X BENCH/BODY’S 2017
Dengan pakej sempurna seorang lelaki Alpha, Pietro Boselli dilamar menjadi wajah ekslusif kempen seluar dalam untuk jenama BENCH/Body untuk tahun 2017.