MALAYSIA JADI DESTINASI WAJIB SELEBRITI ANTARABANGSA: SENARAI KONSERT PALING DINANTIKAN 2025
Tahun 2025 hingga awal 2026 bakal menjadi antara tempoh paling meriah dalam kalender hiburan negara apabila Malaysia sekali lagi menjadi destinasi pilihan bintang antarabangsa. Dari pentas K-pop hingga ke festival muzik global, deretan nama besar seperti Jackson Wang, TWICE, WINNER, dan NCT Dream bersedia menggegarkan Kuala Lumpur menjadikan siri acara ini antara konsert paling dinatikan 2025. Ini senarai artis yang bakal mengadakan konsert di Malaysia 2025:
#1 Jackson Wang
Malaysia bakal menjadi destinasi penuh tenaga menjelang penghujung 2025 dan awal 2026, apabila beberapa nama besar antarabangsa dijadualkan mengunjungi negara ini. Antara yang paling dinantikan ialah penyanyi Korea Selatan dan ahli kumpulan K-pop terkenal GOT7, Jackson Wang, yang bakal kembali ke Malaysia untuk Magic Man 2 World Tour 2025-2026.
Tarikh: 25th October (Sat)
Masa: 8pm
Tempat: Axiata Arena, KL
Dapatkan tiket konsert Jackson Wang’s MAGICMAN 2 World Tour
#2 TWICE
Kumpulan gadis K-pop popular TWICE akhirnya akan kembali ke Malaysia menerusi This Is For World Tour 2025, selepas enam tahun tidak membuat persembahan di sini. Konsert mereka dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober (Sabtu), jam 8 malam di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur. Peminat boleh mendapatkan tiket melalui pra-jualan Live Nation Malaysia pada 18 September, manakala jualan umum dibuka di GoLive Asia pada 19 September.
Tarikh: 25th October (Sat)
Masa: 8pm
Tempat: National Hockey Stadium, KL
#3 VIVIZ
Kumpulan gadis K-pop VIVIZ bakal membuat persembahan secara langsung di Malaysia pada 25 Oktober ini sebagai sebahagian daripada New Legacy World Tour, jelajah dunia kedua mereka yang bermula Ogos lalu dengan konsert selama dua hari di Seoul.

Tarikh: 25th October (Sat)
Masa: 5pm
Tempat: Idea Live Arena, PJ
Dapatkan Tiket VIVIZ’s New Legacy Concert in PJ
#4 WINNER
Kumpulan lelaki K-pop popular WINNER telah mengesahkan jelajah konsert Asia mereka, dan Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai salah satu destinasi Konsert bertajuk In Our Moment 2025 Asia Tour ini akan bermula di Macau, sebelum meneruskan persembahan ke Bangkok, Taipei, Jakarta, Hong Kong, dan akhirnya menutup siri jelajah di Kuala Lumpur pada 1 November.

Date: 1st November (Sat)
Time: 5pm
Venue: Zepp KL
Dapatkan tiket WINNER’s In Our Moment in KL
#5 Zerobaseone
Terbaharu, kumpulan lelaki Zerobaseone mengumumkan hentian konsert mereka di Kuala Lumpur pada 8 Novembersebagai sebahagian daripada Here&Now World Tour. Konsert yang bakal berlangsung di Idea Live Arena ini menandakan penampilan pertama mereka di Malaysia sejak debut pada tahun 2023.

Date: 8th November (Sat)
Time: 5pm
Venue: Idea Live Arena, PJ
Dapatkan tiket ZEROBASEONE’s Here & Now World Tour in KL
#6 NCT Dream
Kumpulan K-pop terkenal NCT Dream bakal kembali menggegarkan Malaysia dengan konsert selama dua malam di Axiata Arena tahun ini. NCT Dream Show 4: Dream The Future, kumpulan ini telah mengumumkan tarikh dan lokasi rasmi. Peminat Malaysia cukup bertuah kerana bakal menikmati persembahan mereka pada 13 dan 14 Disember.
Date: 13th & 14th December (Sat & Sun)
Time: 5pm
Venue: Axiata Arena, KL
Dapat kan tiket konsert NCT Dream’s Dream Show 4, Dream The Future Tour
Artikel Berkaitan: HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA’S SECRET FASHION SHOW 2026
Victoria's Secret Fashion Show 2026 meneruskan legasi tiga dekad jenama ini, dengan para tetamu lelaki yang turut menjadi perhatian.
SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI
FFM35 mengumumkan senarai pencalonan yang menghimpunkan barisan pelakon lelaki daripada pelbagai generasi dan latar belakang seni.
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI
GLAM Lelaki menampilkan Amir Ahnaf, Irfan Zaini, Aedy Ashraf, Aniq Suhair, Aziz Harun dan Jazmy Juma bersama Giorgio Armani I WILL.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.











