Skip to content

METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN

METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN

Kongsikan artikel ini
4 of 5

Konsert muzik dalam Metaverse dipanggil konsert maya.

Sesiapa sahaja yang mempunyai peranti VR/AR atau komputer yang boleh mengakses Metaverse mempunyai cara untuk menonton artis muzik kegemaran mereka dalam tetapan maya di mana semua peserta diwakili oleh avatar mereka.

METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN

Foto oleh decentraland@Twitter

Beberapa pemuzik terkenal sedang merancang persembahan mereka di pelbagai platform dalam Metaverse. Marshmello, Travis Scott dan Ariana Grande adalah antara beberapa artis yang telah membuat ‘mark’ di dunia maya.

Tetapi satu daripada lonjakan terbesar dalam pengalaman konsert Metaverse telah berlaku seawal Mei 2022 dengan ABBA Voyage. Apa yang membuatkan konsert ini berbeza daripada yang lain ialah orang ramai sebenarnya boleh melihatnya di Arena ABBA di Queen Elizabeth Olympic Park di London tanpa external device di atas mata atau komputer.

Empat bintang ABBA membuat persembahan menggunakan avatar maya mereka, yang digelar ‘ABBAtars’ di atas pentas. Dan, mereka muncul sebagai diri mereka yang lebih muda. Ia adalah hasil daripada teknologi hebat Industrial Light and Magic (ILM) — syarikat George Lucas yang berada di sebalik special effect yang luar biasa beberapa filem blockbuster, termasuk filem Marvel Cinematic Universe (MCU) dan francais Star Wars.

Jadi, konsert ABBA Voyage adalah gabungan unik dunia maya dan dunia nyata. Pengalaman itu tampak seperti menonton perbualan hologram dari filem MCU dan Star Wars dalam kehidupan sebenar.

Baca artikel berkaitan: MASA DEPAN RYAN GOSLING DALAM DUNIA MARVEL

4 of 5

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KOLEKSI H&M INNOVATION STORY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
MARK ZUCKERBERG UMUM KHABAR GEMBIRA

NILAI KEKAYAAN MARK ZUCKERBERG MEROSOT AKIBAT GANGGUAN TEKNIKAL MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut

Elon Musk Kini Manusia Terkaya Di Dunia

Bacaan Lanjut

ADAKAH FACEBOOK BAKAL DITUTUP?

Bacaan Lanjut

‘JARVIS’ versi Mark Zuckerberg

Bacaan Lanjut