Skip to content

PECAH REKOD PERPINDAHAN, JACK GREALISH SAH MILIK MANCHESTER CITY

Kongsikan artikel ini

Pemain England, Jack Grealish memecahkan rekod perpindahan Britain selepas menandatangani perjanjian bernilai £100 juta bersama kelab bola sepak Manchester City dari Aston Villa.

Kelab bolas sepak England, Manchester City telah mengumumkan secara rasmi perpindahan Jack Grealish dari Aston Villa. Dengan perpindahan ini, pemain England itu telah memecahkan rekod perpindahan Britain selepas menandatangani perjanjian bernilai £100 juta pada Khamis lalu.

(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images)

Jack Grealish telah bersama kelab Aston Villa selama 19 tahun. Dia telah melakukan 213 kemunculan dan menyumbangkan 32 gol sepanjang kariernya di sana sejak 2014. Melalui ciapan Instagram peribadinya, dia mengucapkan terima kasih kepada pengurus kelab dan rakan sepasukan di Aston Villa, serta barisan peminat yang menyokongnya sepanjang masa.

“Saya telah bersama Aston Villa selama 19 tahun, dan saya menjadi peminat sepanjang hidup saya. Saya bermula dari bawah dan menjadi kapten kelab untuk berada di puncak bola speak England. Sukar untuk saya menunjukkan perasaan saya melalui perkataan, tetapi saya akan cuba,” kata Jack Grealish mengenai kelab lamanya, Aston Villa.

(Photo by Dan Istitene/Getty Images)

“Ketika pertama kali saya menyertai Villa saya mempunyai impian dan cita-cita peribadi seperti memasuki pasukan pertama, menjaringkan gol pertama dan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan derby. Hanya apabila kami telah disingkirkan saya merasakan rasa tanggungjawab yang lebih besar,” tambahnya.

(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images)

Menurut sumber, Aston Villa telah menawarkan kapten mereka itu perjanjian baharu yang lebih baik untuk kekal di sana. Tetapi, pemain berusia 25 tahun itu tetap memilih untuk menyertai Manchester City kerana tarikan berada di puncak Liga Perdana Inggeris  dan sentiasa bermain dalam kejohanan kelab Eropah, UEFA Champions League.

(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images)

Selepas Jack Grealish, Manchester City masih lagi mengejar pemain penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. Walau bagaimanapun, kelab Spurs telah menyatakan pemain mereka itu bukan untuk dijual musim ini.

 

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: KATIL ‘ANTI-SEKS’ CETUS KONTROVERSI DI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

Bacaan Lanjut
noah beck

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK

Bacaan Lanjut
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

Bacaan Lanjut
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

Bacaan Lanjut
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG

Bacaan Lanjut