PENGASAS ‘PAC-MAN’ PERGI SELAMANYA: DARI INOVASI KINI TINGGAL LEGASI
Pac-Man adalah permainan ikonik yang pernah suatu ketika menjadi kegilaan remaja-remaja sekitar awal tahun 2000. Namun, sekitar minggu lepas dunia dikejutkan dengan khabar pemergian pengasas kepada Pac-Man iaitu Masaya Nakamura yang dikhabarkan meninggal pada 22 Januari lalu di usia 91. Atas menghormati permintaan keluarga, punca kematian beliau juga tidak didedahkan.
Sedikit mengenai sejarah syarikat Namco, yang mencipta Pac-Man, ia diasaskan oleh Nakamura pada 1955. Syarikat itu bermula kecil dengan menyediakan servis permainan kuda untuk kanak-kanak di bumbung sebuah pasaraya di Jepun. Namco kemudian mula merintis kepada permainan arked dan taman hiburan.
Bagaimanapun, permainan Pac-Man, yang dikeluarkan pada 1980, menjadikan Namco sebagai sebuah legasi. Idea permainan Pac-Man, yang direka oleh pencipta permainan video, Toru Iwatani, timbul dari gambar sekeping pizza tanpa satu hirisan. Menurut laporan, Nakamura memberikan nama ‘Pac’ (atau pakku dalam bahasa Jepun) untuk menggambarkan bunyi karakter itu ketika memakan mangsanya. Pac-Man juga turut tampil dalam filem Pixels lakonan Adam Sandler sekitar tahun lepas.

Watak Pac-Man diilhamkan daripada sekeping pizza penuh yang hilang satu hirisan.
Sehingga kini, Pac-Man masih lagi menjadi salah satu budaya hebat di Jepun, dan kelibat karakter-karakter permainan itu masih kelihatan di televisyen, filem dan taman tema. Satu inovasi kini tinggal legasi yang dikira mustahil untuk mati.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.












