PIZZA HUT REALISASIKAN TEMPAHAN PIZZA MENGGUNAKAN KASUT
Wah, lain benar strategi pemasaran terbaru Pizza Hut yang khabarnya kini merealisasikan tempahan pizza hanya dengan menggunakan kasut. Biar betul! Ya, Pizza Hut telahpun memulakan kempen pemasaran baru yang memberikan tumpuan kepada kasut ciptaan khas dan eksklusif di mana pengguna boleh menempah atau pun membeli pizza hanya dengan menekan sebuah butang.
Memperkenalkan The Pie Tops. Kasut erwarna gabungan putih dan merah ini mempunyai logo Pizza Hut di belakangnya. Ia dikuasakan oleh sistem Bluetooth pada lidah kasut yang boleh disambungkan melalui aplikasi pintar Pizza Hut, di mana apabila anda menekan butang yang disediakan, dua pizza dengan harga USD9.77 akan sampai ke rumah anda.
Yang menariknya lagi, kasut ini dilengkapi dengan teknologi geo-lokasi yang membolehkan penghantar piza untuk mengesan kedudukan pelanggan di mana sahaja mereka berada. Namun khabarnya, cuma 64 pasang kasut sahaja dihasilkan dan ia direkakan khas oleh pembuat kasut kustom terkemuka, Shoe Surgeon.
Berdasarkan kenyataan naib presiden media dan pengiklanan Pizza Hut, David Daniels, ‘pizza menjadi makanan atau snek pilihan terutama sekali sewaktu musim kejohanan bola keranjang NCAA, dan kasut istimewa jimat-masa ini akan memastikan anda dapat menempah pizza tanpa terlepas apa-apa momen sewaktu aksi March Madness nanti’.
Masih belum dapat gambaran jelas bagaimana kasut ini beroperasi? Tekan pautan di bawah di mana bekas pemain NBA, Grant Hill menerangkan penggunaannya. Malangnya, kasut ini hanya dijual di Amerika Syarikat. Oh man!
https://www.youtube.com/watch?v=OVP3dyhnaLo
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA
TOPTEN10 Malaysia secara rasmi meraikan pembukaan kedai pertama di Sunway Pyramid. Ini menandakan kemasukan jenama fesyen Korea ini ke pasaran tempatan dengan penuh gaya dan identiti. Pelancaran ini menghidupkan falsafah “Good wear” menerusi pengalaman imersif yang meraikan warisan Korea, keselesaan harian dan reka bentuk yang praktikal. TOPTEN10 diasaskan pada tahun 2012 oleh Shinsung Tongsang Co.,…
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.












