PUTERA WILLIAM TERIMA PENGIKTIRAFAN TIDAK DISANGKA
Siapa menyangka, Putera William dianggap tidak ubah seperti selebriti kelas atasan selepas beliau dicalonkan untuk anugerah yang dia tidak pernah disangkakan. Selain dari sibuk dengan urusan pentadbiran negara serta persiapan berpindah ke London, Putera William telah menerima pencalonan untuk menerima Anugerah LGBT untuk kategori “Straight Ally”. Wah hebat!
Pengasasas Anugerah NatWest Brisith LGBT 2017 Sarah Garrett turut menerangkan bahawa anugerah ini bakal membariskan mereka yang telah memberikan inspirasi dan mengunakan landasan mereka untuk membantu dan menyokong hak-hak LGBT di setiap pelusuk dunia. Ternyata anugerah ini menjadikan Putera William antara kerabat diraja yang disenangi oleh semua pihak dan golongan masyarakat.
Selain daripada menjadi kerabat diraja pertama untuk menghiasi muka hadapan sebuah majalah LGBTQIA+ Attitude, khabarnya sesemua calon yang layak mendapat tempat dalam senarai pendek tetapi buat masa ini giliran khalayak umum pula untuk memilih pemenang mereka sebelum upacara ini berlangsung di London pada 12 May nanti.
Selain Putera William, nama-nama besar lain yang turut tercalon untuk kategori ini adalah penyanyi Ariana Grande, Macklemore, Emma Watson, Anne Hathaway, Patrick Stewart, James Corden, Thierry Henry serta JK Rowling. Oleh itu, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal disenaraipendek dan pemenangnya.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Februari 2017.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.













