RAIKAN CINTA DENGAN KOLEKSI FOSSIL VALENTINE-SPRING 2020
Bulan meraikan kasih sayang kini tiba lagi! Dan bagi menghargainya, FOSSIL tidak ketinggalan melancarkan variasi item peribadi istimewa dari koleksi Spring 2020, amat bersesuaian untuk dihadiahkan kepada yang tersayang, tidak kiralah sahabat baik, ahli keluarga, pasangan mahupun teman sejiwa anda. Meraikan tahun dan musim baru, FOSSIL turut sama bereksperimen dengan trend segar dan retro untuk koleksi Valentine serta musim bunga ini dari reka moden dengan injeksi nostalgia Amerika sehinggalah kepada vintaj fesyen gaya jalanan.
Dimulakan dengan koleksi Amerika moden yang menampilkan ilham katemporari digabung bersama dengan elemen klasik, ini adalah gaya terbaik bagi menyegarkan penampilan anda tahun baru ini dengan rangkaian aksesori istimewa. Untuk wanita, FOSSIL memperkenalkan Jude Mini, yang menggabungkan trend mini terkini bersama bracelet yang diilham daripada vintage-inspired mesh.
Untuk lelaki, koleksi beg sandang dari platform Forrester ditambah-baik dengan kedatangan dua lagi beg iaitu versi all-leather dari Buckner Convertible.
Masih menerajui trend untuk item sukan dan atletik, Gen 5 adalah jam tangan pintar gaya hidup terbaik! Manakan tidak, Gen 5 kali ini dikemaskini dengan bezel dive-style yang baharu, termasuk tali strap jelly dengan lima varian warna unik. Hybrid juga turut mendapat injeksi perincian dive-style terkini iaitu indek geometrik. Memangkan trend jam selaman yang makin mendapat perhatian, jam selaman FOSSIL Blue FB-02; dan FB-01 (untuk wanita) dengan tali dengan perincian sporty adalah hadiah terbaik untuk anda berikan buat yang tersayang!