Skip to content

‘RAMADAN DI KOREA NYATA MENDUGA, NAMUN MENGUJAKAN!’ – MUHAMAD KHALID ISMAIL

Kongsikan artikel ini

Bersempena bulan Ramadan yang kita raikan, GLAM Lelaki terpanggil untuk menghubungi Muhamad Khalid Bin Ismail yang hangat diperkatakan netizen selepas dirinya muncul di sebuah rancangan terbitan stesen televisyen Korea Selatan sekitar bulan Februari lalu. Masih menetap di Korea dan tinggal bersama isteri kesayangannya, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya Muhamad Khalid menyambut Ramadan di bumi Korea dan apakah perasaan pertama kali menyambutnya sejak bergelar suami. Oleh itu, teruskan membaca untuk temubual eksklusif kami bersamanya.

GLAM LELAKI: Adakah Khalid rindu untuk berbuka puasa di Malaysia? Dan apakah yang paling dirindui?

MUHAMAD KHALID: Mestilah rindu, sebab agak lama tidak berbuka puasa di kampung halaman sejak saya menetap di Korea. Pastinya yang paling dirindui adalah suasana serta juadah-juadah yang ada.

GLAM LELAKI: Apa bezanya rutin puasa di Korea berbanding Malaysia dari segi masa dan sebagainya?

MUHAMAD KHALID: Yang pasti, puasa di sini agak berbeza dan mendugakan namun cukup mengujakan. Dengan musim panas sekarang, malah waktu puasa agak lama, iaitu sekitar 16 ke 17 jam. Lihat rakyat Korea minum air sejuk saja, terliur jugalah dibuatnya. Saya jarang sekali berjumpa dengan rakan-rakan Korea sepanjang bulan Ramadan sebab tiada apa-apa aktiviti yang ingin dibuat.

GLAM LELAKI: Bagaimana pula perbezaan berbuka puasa di Korea berbanding di Malaysia.

MUHAMAD KHALID: Bezanya Korea tidak makan manisan. Kalau ada kurma pun kurma yang dibeli dekat area masjid yang dijual oleh orang Arab atau Pakistan. Kalau pergi Masjid Seoul ada juga majlis iftar yang dianjurkan. Buat rakyat Malaysia yang menetap di Seoul, kadang kala kedutaan akan anjurkan majlis berbuka. Pada waktu itu, saya boleh melepaskan rindu kepada makanan-makanan kampung dan jumpa rakyat-rakyat Malaysia yang lain dan berbuka Bersama-sama.

GLAM LELAKI: Apakah menu hidangan utama ketika berbuka di Korea?

MUHAMAD KHALID: Masa bujang dulu makan ala kadar jer. Apabila dah kahwin, saya dan isteri pun masih makan masakan yang ringkas-ringkas. Keep it simple but healthy. Biasanya isteri akan masakkan sebab dia nak saya rasa makanan dia. Antaranya daging bakar ala Korean, spicy chicken stew , dan semestinya masakan ulaman Korean macam kimchi, kobis cina , ikan bilis goreng dan lain-lain.

GLAM LELAKI: Ada tidak Khalid selitkan apa-apa makanan Malaysia sewaktu berbuka di Korea. Contohnya sambal belacan atau lain-lain?

MUHAMAD KHALID: Biasanya kalau makan makanan melayu baru ada sambal. Tetapi Saya jarang campur aduk makanan melayu dengan korea. Kalau ada pun sambal daging.

GLAM LELAKI: Apakah menu hidangan wajib sewaktu berbuka di Korea?

MUHAMAD KHALID: Nak kata hidangan wajib ada itu tak ada sebenarnya sebab tidak ramai rakyat Korea yang praktikkan. Tetapi bagi saya menu wajib ada adalah Iced Americano, because its my favourite.

GLAM LELAKI: Bagaimana pula dengan sahur?

MUHAMMAD KHALID: Sahur di sini seperti biasa makan masakan yang masak masa berbuka tadi. Sebab subuh di sini sekitar pukul 3:15 am dan biasanya dalam pukul 2:30 dah makan sahur.

GLAM LELAKI: Ucapan raya khas dari Khalid untuk semua yang menyokong awak di Malaysia terutama keluarga dan kawan-kawan.

MUHAMAD KHALID: Di sini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Malaysia yang mengenali dan sentiasa menyokong saya terutamanya keluarga dan teman-teman saya di Kelantan. Semoga dapat menikmati hari raya tahun ini dengan meriah dah diberkati.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Jun 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut