RAYA PENUH GAYA: RAIKAN KEMERIAHAN DI SURIA KLCC
Aidilfitri semakin hampir, dan bagi lelaki moden yang menghargai gaya hidup premium serta pengalaman membeli-belah eksklusif, Suria KLCC adalah destinasi utama yang tidak boleh dilepaskan.
Dari 7 Mac hingga 13 April 2025, sambut musim perayaan ini dalam suasana penuh kemegahan Maghribi, diilhamkan daripada keindahan seni bina dan budaya Timur Tengah yang elegan dan maskulin.
Lelaki hari ini bukan sahaja menitikberatkan penampilan, tetapi juga pengalaman dan telah mencipta latar yang sempurna untuk menghayati keunikan Raya dalam suasana yang mewah dan mengagumkan. Centre Court diubah menjadi ruang eksklusif berlatarkan seni bina Maghribi, dihiasi kubah tertutup dengan unjuran interaktif, menampilkan corak geometri yang melambangkan ketelitian dan kecanggihan. Lampu gantung Maghribi memancarkan cahaya dramatik, menambah elemen estetika moden klasik, manakala gerbang Moorish yang tinggi mencipta suasana megah, mengingatkan kepada istana Agadir yang bersejarah.
Esplanade KLCC pula menjadi port terbaik untuk rakaman OOTD Aidilfitri, menampilkan gerbang besar dengan pencahayaan interaktif, memberikan sentuhan eksklusif dan moden pada setiap foto.
BELI-BELAH PREMIUM
Suria KLCC menempatkan jenama fesyen terkemuka untuk anda melengkapkan penampilan Aidilfitri dengan penuh gaya. Sama ada anda mencari baju Melayu moden yang eksklusif, kasut kulit berkualiti tinggi, jam tangan premium atau aksesori mewah—semuanya ada di sini. Antara jenama pilihan untuk lelaki yang mementingkan gaya:
- Terokai hampir 25 jenama pereka fesyen khas untuk lelaki di seperti Bally Men, Berluti, Fendi Men, Michael Kors dan BOSS.
- Pilih daripada lebih 40 jenama fesyen lelaki seperti Sacoor Brothers, Ralph Lauren, Calvin Klein, Off White, Brooks Brothers dan banyak lagi.
- Seleksi eksklusif 16 jenama jam tangan mewah seperti Breitling, Longines, Patek Philippe, OMEGA, dan lain-lain.
- Tidak lupa juga dengan perkhidmatan dandanan premium di Truefitt & Hill.
Berbelanja hari ini dan nikmati ganjaran eksklusif untuk pembeli!
GANJARAN EKSKLUSIF
Sambutan Aidilfitri bukan hanya tentang penampilan, tetapi juga tentang kelebihan membeli-belah. Suria KLCC menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran istimewa untuk anda menikmati lebih banyak kelebihan:
- Belanja RM2,500 ke atas dalam dua resit di butik khas dan dapatkan Suria KLCC Shopping e-Voucher RM100 serta Pek Duit Raya Suria KLCC.
- Belanja RM10,000 ke atas dan anda akan menerima Suria KLCC Shopping e-Voucher RM300, Pek Duit Raya Suria KLCC, serta pemegang pek duit raya eksklusif.
- Lebih Istimewa, gandakan kemeriahan raya dengan e-duit raya menerusi Suria KLCC Shopping e-Voucher bernilai RM1,000 yang boleh dibeli menerusi laman web rasmi kepada insan tersayang, keluarga dan sahabat dan anda bakal menerima e-Voucher tambahan RM100, terhad kepada 50 pembeli pertama.
DERMA & KEBERKATAN RAYA
Selain menikmati ganjaran dan membeli-belah, Suria KLCC juga memberi peluang kepada anda untuk menyumbang kepada masyarakat melalui Mental Health Awareness Programme. Dengan pembelian Suria Ribbon Pin pada harga RM10, anda akan mendapat akses ke Bengkel Coaster Mozek, dan hasil jualan sepenuhnya akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental. Aidilfitri juga masa terbaik untuk menghadiahkan diri sendiri atau orang tersayang sesuatu yang bermakna. Sama ada wangian premium, aksesori maskulin, atau gadget terkini, ini adalah tempat yang tepat untuk mendapatkan hadiah yang sesuai.
MAKLUMAT LANJUT
Layari laman web rasmi kami untuk butiran penuh mengenai kempen Aidilfitri Suria KLCC:
Website: https://www.suriaklcc.com.my/raya-2025
Ikuti perkembangan terkini di media sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Instagram: https://www.instagram.com/suriaklccmall/
Jangan lepaskan peluang untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh keanggunan.
Pautan Berkaitan: BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
DATO’ HANS ISAAC: HERO FILEM KE IKON LELAKI MODEN
Siapa yang tak kenal Dato' Hans Isaac? Dari aksi macho di skrin besar hingga peranan penting dalam industri hiburan.
5 LAGU RAYA TERBAIK HAEL HUSAINI PILIHAN GLAM LELAKI
Hael Husaini telah mencipta magisnya sendiri dengan beberapa lagu raya yang bukan sahaja syahdu tetapi juga segar dan penuh emosi
5 GAYA FESYEN TERBAIK NADHIR NASAR
Dari gaya kasual yang effortless hingga ke persalinan formal, Nadhir membuktikan bahawa fesyen adalah medium ekspresi yang tiada batasan.
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA
Di Malaysia, dua pilihan pakaian tradisional lelaki yang sering menjadi pilihan utama untuk menyambut Hari Raya adalah Baju Melayu dan Kurta.