Skip to content

SAINT LAURENT RIVE DROITE PARIS PERSEMBAHKAN PAMERAN EKSKLUSIF KARYA MAN RAY

Kongsikan artikel ini

Saint Laurent Rive Droite Paris mempersembahkan Objets de Mon Affection, sebuah pameran eksklusif yang meraikan karya seni avant-garde, Man Ray.

Bermula 16 Januari 2026, ruang budaya Saint Laurent Rive Droite di Paris mempersembahkan sebuah pameran eksklusif bertajuk Objets de Mon Affection, yang didedikasikan kepada karya artis avant-garde terkenal, Man Ray. Pameran ini dikurasi oleh pengarah kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello, dan menampilkan pilihan karya ikonik serta objek seni yang jarang dipamerkan kepada umum.

Dilahirkan sebagai Emmanuel Radnitzky, Man Ray merupakan seorang pelukis, jurugambar dan pembikin filem Amerika yang memainkan peranan penting dalam perkembangan seni moden abad ke-20. Pada awal kerjayanya, beliau bereksperimen dengan lukisan yang dipengaruhi gerakan Kubisme dan abstrak sebelum mengembangkan pendekatan fotografi yang inovatif. Ketika berada di Paris bersama artis terkenal Marcel Duchamp, Man Ray turut terlibat dalam organisasi avant-garde Société Anonyme dan memperkenalkan teknik fotografi unik yang dikenali sebagai rayograph.

Objets de Mon Affection

Dalam pameran ini, pengunjung berpeluang melihat beberapa objek seni ikonik oleh Man Ray, termasuk karya Red Hot Iron (1966). Arca surrealist tersebut mengubah objek harian seperti seterika menjadi karya seni yang sarat dengan makna simbolik. Turut dipamerkan ialah Boîte à Lettres (1965), sebuah karya yang menggabungkan peti surat zink hitam dengan tujuh huruf seramik yang dilukis tangan, sekali gus menyentuh tema komunikasi dan hubungan intim antara manusia.

Karya-karya ini memperlihatkan bagaimana Man Ray sering mengubah objek biasa menjadi bentuk yang puitis dan penuh tafsiran. Melalui pendekatan surrealist, Man Ray meneroka hubungan antara objek, artis dan penonton. Sekali gus mendorong kita menilai semula fungsi sebenar benda harian dalam konteks seni.

Bagi meraikan pameran ini, Anthony Vaccarello turut mempersembahkan interpretasi semula karya arca ikonik Man Ray. Haltères / Square Dumbbells, yang pertama kali direka pada tahun 1930-an. Karya tersebut pada asalnya dicipta sebagai karya seni yang menukar alat senaman menjadi objek kontemplatif. Sekali gus menghilangkan fungsi utilitariannya.

MAN RAY SQUARE DUMBBELLS (Hitam)

MAN RAY SQUARE DUMBBELLS (Silver)

Versi baharu ini ditawarkan dalam dua edisi. Logam hitam matte dan kemasan cermin berkilat (silver). Setiap edisi ditandatangani secara individu, dipersembahkan dalam kotak mewah dan ditawarkan sebagai karya seni koleksi eksklusif. Menggabungkan semangat seni avant-garde dengan identiti kreatif Saint Laurent hari ini.

Artikel Berkaitan: 7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026

Bacaan Lanjut
YSL TAMPILKAN SARTORIAL WINTER UNTUK KOLEKSI MUSIM LURUH TAHUN INI

YSL TAMPILKAN “SARTORIAL WINTER” UNTUK KOLEKSI MUSIM LURUH 2022

Bacaan Lanjut

ADAKAH “LE VIOLON D’INGRES” BAKAL MENJADI FOTO YANG TERMAHAL DI DUNIA?

Bacaan Lanjut

DUNIA SUKAN SAINT LAURENT

Bacaan Lanjut

HADIAH ISTIMEWA TANDA HARGAI CINTA HATI

Bacaan Lanjut

WAJAH FESYEN MUSIM BUNGA 2021

Bacaan Lanjut