‘SAYA AKUI KESILAPAN, NAMUN INI BUKAN PENGAKHIRANNYA…’ LUAHAN HATI NORFARIHAN BAHARUDIN
Negara kecoh seketika apabila tular mengenai kisah sekumpulan anak muda yang terlampau ‘berani’ memanjat struktur huruf membentuk perkataan “IPOH” di Jalan Kuala Kangsar sekitar awal tahun ini. Penularan video dan gambar yang dimuaturun sendiri ke laman-laman media sosial menerima respon yang rata-ratanya mengecam tindakan mereka itu. Ada yang beranggapan mereka tidak sayangkan nyawa, menyusahkan ibu bapa dan orang lain, tidak menghormati landskap perlancongan tersebut malah ada yang mendoakan mereka menemui ajal.
Bagi merungkai keadaan ini, Glam Lelaki menghubungi Farihan Baharudin, salah seorang daripada anak gadis dan wakil kumpulan muda anak tersebut bagi merungkai persoalan kenapa mereka sanggup bertindak sedemikan rupa.
GLAM LELAKI: Boleh Farihan ceritakan serba sedikit mengenai diri Farihan?
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Terima kasih Glam Lelaki kerana sudi menemubual saya dan atas peluang yang diberikan. Nama saya Norfarihan binti Baharudin dan berumur 24 tahun. Anak kelahiran kedah dan baru sahaja menetap di Ipoh Perak. Semuanya bermula pada tahun 2014 selepas saya mendapat ilham untuk menceburi sukan lasak. Pada ketika itu saya baru sahaja berhenti menjadi pendidik di sebuah tadika milik kakak saya. Usai saya meletakkan jawatan, saya hanya berehat di rumah sambil membantu ibubapa di rumah dan bergiat dalam bisnes online sendiri @farihanskl. Lama kelamaan, timbul rasa bosan apabila saya hanya melakukan rutin harian yang sama setiap hari. Lagipun saya adalah salah seorang pesakit asma, jadi tidak bagus untuk saya sekiranya saya tidak berbuat apa apa. Jadi,saya nekad untuk aktif dalam yoga dan sukan lasak seperti scuba diving, free diving, hiking, kayaking, water rafting dan banyak lagi. Lama kelamaan, rasa cinta terhadap alam semula jadi kian menebal dalam diri. Dan saya mula giat melakukan aktiviti lasak di luar negara seperti Indonesia dan Thailand mendaki gunung dan menyelam ke dasar laut di sana.
GLAM LELAKI: Bagaimana boleh terbit idea untuk mendaki papan tanda IPOH itu?
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Idea tersebut muncul secara tiba tiba dan spontan. Tiada perancangan pun. Tujuan asalnya sekadar untuk merakam keunikan bandaraya Ipoh dari pandangan atas. Oleh kerana 2017 adalah Tahun Melawat Perak, kami berlapan bercadang untuk melakukan sedikit keunikan. Namun, atas dasar insani yang lemah dan terlampau girang, kami melakukan kesalahan untuk memanjat papan tanda ipoh tersebut tanpa memikirkan hal buruk yang bakal berlaku.
GLAM LELAKI: Sewaktu melakukan aktiviti tersebut, bagaimana pula dari segi persediaan yang diambil bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat apabila sampai di atas?
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Kami melaksanakan teknik body safety yang mana 3 orang pemanjat profesional dari kalangan kami akan memanjat dahulu dan akan memandu arah serta memberi arahan kepada yang lain. Mereka akan memastikan pendaki lain akan melalui jalan selamat yang sama tanpa melakukan sebarang kesilapan. Jujur saya katakan tiada sebarang peralatan keselematan ( safety gear ) yang diaplikasikan dalam ekspidisi memanjat kami itu. Kami akui itulah kesilapan yang tidak akan sekali kali kami ulang lagi pada mana mana ekspidisi pendakian akan datang.
GLAM LELAKI: Gambarkan sikit kepuasan yang Farihan dapat apabila berada di atas puncak papan tanda Ipoh itu?
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Namun selepas itu terbit pula perasaan serba salah apabila berada di atas puncak, kerana pada ketika itu saya sendiri tidak pasti sama ada tindakan kami itu dibenarkan dalam undang undang negara ataupun tidak.
GLAM LELAKI: Tindakan Farihan ternyata dapat kecaman daripada netizen khususnya. Adakah Farihan sudah menjangkakan ini semua dan adakah Farihan bertindak sebegini semata untuk mendapatkan populariti?
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Kecaman yang diterima pada ketika itu saya terima dengan rasa terbuka, kerana masyarakat bukan suka suka memberi kecaman, namun mereka sayangkan kami, sayangkan mercu tanda tersebut yang wajar dihormati. Kami sedar akan kesilapan tersebut dan tidak akan sekali kali lagi melakukan aktiviti seperti itu lagi. Tiada niat untuk meraih sebarang populariti kerana sudah menjadi kebiasaan saya untuk memuatnaik setiap gambar dan video selepas setiap aktiviti yang saya lakukan. Sebelum insiden insiden ini lagi, saya memang selalu memuatnaik gambar dan video di Instagram saya @farihanbaharudin. Tujuannya hanyalah sekadar berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan social yang lain.
GLAM LELAKI: Apa perancangan Farihan untuk aktiviti seterusnya?
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Ya, saya dan rakan bercadang untuk melakukan aktiviti pendakian di dalam Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia seperti di Gunung Irau, selaman dasar laut di Bidong, Ekspedisi Gunung Kinabalu dan mendaki gunung Merapi. Dan saya tidak akan berhenti dari melakukan hobi sukan lasak saya.
GLAM LELAKI: Kata-kata terakhir Farihan buat mereka di luar sana yang mengecam tindakan Farihan?
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Sejujurnya saya tidak menganggap mereka sebagai haters, saya menganggap mereka sebagai sebuah keluarga yang menyayangi saya. Setiap sinergi negatif yang mengalir ke tubuh saya, saya akan jadikan ia sebagai sumber positif untuk saya mendapat lebih semangat dalam aktiviti yang saya ceburi. Sekali lagi saya juga meminta maaf kepada mereka yang kurang senang dengan tindakan saya dan rakan dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut lagi.
GLAM LELAKI: Nasihat Farihan untuk anak-anak muda di luar sana.
NORFARIHAN BAHARUDDIN: Nasihat saya, ada hadis Nabi yang mengatakan al ‘aqlussalim fi l jismissalim. ( Aqal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat ). Beriadah lah kalian dengan riadah yang sihat. Namun jangan ulangi kesilapan yang telah kami lakukan dalam memperjudikan nyawa semata mata untuk beriadah. Sekian.
Apa-pun GLAM Lelaki mengharapkan Farihan Baharudin dan rakan-rakan akan mengambil iktibar dari insiden ini dan tidak mengulanginya lagi, dan gunakan bakat dan hobi ini ke jalan yang lebih baik.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID
Bagi peminat chef selebriti terkenal Gordon Ramsay, anda kini boleh menikmati makanan lazat di restoran terbarunya Street Pizza di Sunway Pyramid.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.