Skip to content

SEGALANYA MENGENAI SQUID GAME MUSIM KETIGA

SEGALANYA MENGENAI SQUID GAME MUSIM KETIGA

Kongsikan artikel ini

Netflix mengambil masa tiga tahun untuk membawakan Squid Game musim kedua. Bagaimanapun peminat hanya perlu menunggu enam bulan untuk menonton Squid Game yang seterusnya.

Seperti yang didedahkan Netflix baru-baru ini, musim ketiga K-drama popular ini akan disiarkan pada 27 Jun 2025. Musim terakhir ini akan menyaksikan pengakhiran kepada perjuangan Seong Gi-hun menentang organisasi rahsia yang memerangkap orang ramai untuk terjebak dalam permainan maut.

Ini butiran yang perlu anda tahu mengenai Squid Game musim ketiga

 

Plot Musim Ketiga Adalah Sambungan Daripada Musim Kedua

Foto: Netflix

Ramai penonton meluahkan rasa terkejut apabila musim kedua berakhir secara mendadak selepas tujuh episod, sedangkan musim pertama mempunyai sembilan episod.

Pencipta Squid Game, Hwang Dong-hyuk memaklumkan pada Disember 2024 bahawa musim kedua dan ketiga ditulis sebagai satu kisah. Cuma ia dibahagikan kepada dua musim untuk memuatkan kesemua episod. Disebabkan itu episod musim kedua lebih sedikit berbanding yang pertama.

 

Salah Satu Permainan Akan Melibatkan Patung Baru

Squid Game musim ketiga

Foto: Netflix

Permainan paling popular dalam Squid Game musim pertama adalah ‘Red Light, Green Light’ di mana pemain berlumba ke garisan penamat tanpa dikesan pergerakannya oleh anak patung menyeramkan, Young-hee.

Pada Jun 2022, Hwang berkongsi bahawa Chul-su, watak yang sering digandingkan dengan Young-hee akan diperkenalkan dalam musim terbaru. Malah ia sudah pun ditampilkan dalam adegan pasca kredit pada akhir musim kedua.

 

Pemain Yang Terselamat Dalam Musim Kedua Akan Kembali

Foto: Netflix

Ini termasuk Player 388, Dae-ho (Kang Ha-neul), bekas tentera marin; Player 222, Kim Jun-hee (Jo Yu-ri), wanita hamil; Player 007, Park Yon-sik (Yang Dong-geun) dan ibunya, Player 044, Jang Geum-ja (Kang Ae-sim); Player 044, Seon-nyeo (Chae Kook-hee), wanita mistik; dan Player 120 Hyun-ju (Park Sung-hoon), bekas pegawai pasukan khas.

Lee Jung-Jae dan Lee Byung-hun akan menghidupkan semula watak mereka sebagai protagonis utama, Seong Gi-hun dan antagonis Hwang In-ho. Watak bukan pemain yang masih hidup pada musim kedua juga akan kembali termasuk bekas Detektif Hwang Jun-ho (Wi Ha-joon) dan Woo-seok (Jeon Seok-ho).

 

Foto: Netfix

Pautan berkaitan: 5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE TERMASUK SQUID GAME

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE TERMASUK SQUID GAME

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE TERMASUK SQUID GAME

Bacaan Lanjut
5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
TARIKH SIARAN SQUID GAME 2 DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

TARIKH SIARAN SQUID GAME MUSIM KEDUA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

Bacaan Lanjut