Skip to content

SIGNIFIKAN VARIASI BEAN BAG MENAWAN DARI ZMPRODUX

Kongsikan artikel ini

Setiap rumah, pasti mempunyai sofa, meja makan, television dan sebagainya. Segala perabot saling melengkapi, menambah seri dalam ruang tamu. Dan kini, fenomena bean bag menjadi sesuatu yang signifikan dalam menyempurnakan dimensi ruang di dalam rumah. Dek permintaan akan keunikkan dan portabilitinya, bean bag kini ibarat satu kemestian oleh semua isi rumah. ZMBeanBag, adalah bean bag unik lagi menawan keluaran ZMprodux menawarkan kelainan dan kualiti yang dipertingkatkan.

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang perniagaan ZMBeanBag by ZMprodux? Bagaimana ia bermula, idea siapa, di sebalik nama dan bila ditubuhkan?

ABDUL AZIM: Perniagaan ini bermula dengan idea kami yang terdiri dari dua orang, saya sebagai founder (Abdul Azim Bin Abdul Rashid) & isteri saya sebagai co-founder (Nuranisah Binti Ab Karim). “ZMprodux” ialah nama team kami yang dimana, “Z” mewakili nama saya, AZIM sementara “M” pula mewakili nama panggilan isteri saya, “Moon”. Perkataan “produx” pula mewakili, produk-produk keluaran dan rekaan kami sendiri.

Selepas kami menamatkan pengajian ijzazah dari UiTM shah alam (dalam jurusan seni reka perindustrian) sekitar 5 tahun lepas, kami mula berjinak secara kecil kecilan dalam bidang perniagaan. Sejak itu kami menanam semangat untuk mengeluarkan produk kami sendiri. Secara tak langsung, minat kami terhadap warna-warna, membuatkan kami terfikir untuk mengeluarkan produk berasaskan warna-warna yang mampu mewujudkan hubungan berharga di antara pengguna dan produk tersebut.

ZMBeanBag pula merupakan jenama yang dikeluarkan oleh team kami, menggunakan bean bag sebagai medium interaksi antara kami kepada pengguna, Secara ringkasnya, boleh disebut, “ZMBeanBag by ZMprodux”. Untuk memastikan produk keluaran kami berkualiti, kami juga bekerjasama dengan beberapa pihak luar  secara kontrak untuk memastikan production kami berjalan dengan lancar.

GLAM Lelaki: Kenapa ‘bean bag’?

ABDUL AZIM: Bean bag boleh diklasifikasi sebagai sofa atau bantal besar. Bentuknya yang kepelbagaian dan tidak mempunyai struktur rigid memudahkan pengguna untuk bersantai dan berehat. Jadi ini menarik minat kami untuk mereka bean bag dari idea kami dalam menghasilkan bean bag yang mampu memberi manfaat secara emosi dan fizikal. Tidak semestinya kita akan terus baring atas katil untuk tidur atau duduk sahaja di sofa. Akan tetapi dengan ada nya bean bag, ia boleh digunakan untuk baring/duduk dan bersantai sebelum meneruskan kerja harian. Ini dapat melegakan kepenatan sesorang itu dan dari pandangan emosi, dapat mengembalikan mood yang positif.

GLAM Lelaki: Apakah keistimewaan bean bag hasil keluaran ZM Bean Bag (ZMProdux)?

ABDUL AZIM: Buat masa ini, kami menfokuskan kepada pengeluaran satu jenis dan bentuk,iaitu ‘waterdrop’. Keistimewaan waterdrop shape ini, ianya mempunyai supporting body yang luas, gebu dan muncung nya pula sebagai penyandar untuk bersandar. Selain itu, ZMBeanBag  boleh didapati dalam pelbagai jenis warna pilihan. Ini bertujuan menarik perhatian pada tarikan warna bean bag tersebut walaupun ruangan rumah sudah pun dilengkapi dengan pelbagai hiasan. Kesannya, apabila kita tertarik pada sesuatu perkara / produk,  kita akn cenderung untuk mendampingi dan menghargainya. Tambahan pula, ini memberi peluang kepada pengguna untuk memilih warna yang disukai untuk menyesuaikannya pada ruangan dirumah / ofis / studio / galleri  masing masing.

GLAM Lelaki: Apakah misi yang dibawa oleh ZM Bean Bag (ZMProdux)?

ABDUL AZIM: Dalam jangka masa terdekat, kami mahu mengeluarkan desain-desain yang mampu memberi impak dari segi keselesaan dan ketenangan di samping pilihan pilihan warna nya pula mampu mengekalkan daya tarikan di kalangan pengguna. Kami juga mengharapkan jenama ZMBeanBag ini mampu diluaskan di pasaran Asia Tenggara terutama di Malaysia.

GLAM Lelaki: Perancangan untuk meluaskan perniagaan ZM Bean Bag (ZMProdux) dalam tempoh akan datang

ABDUL AZIM: Kami sudah mempunyai beberapa perancangan dari segi reka bentuk (akan mempelbagaikan lagi desain berteraskan warna warni) untuk dikeluarkan dalam jangka masa terdekat. Walau bagaimanapun, kami juga bercadang, dengan izin Nya, dapat mengeluarkan kepelbagaian perabot perabot, yang masih berpaksikan konsep asal ZMBeanBag, iaitu warna warni. Selain itu kami sedang dalam usaha untuk memiliki studio “Research and Development (R&D)” kami sendiri untuk terus melakukan penyelidikan agar produk produk kami kekal berkualiti dan terus berdaya saing.

GLAM Lelaki: Apa yang dapat anda lihat pada skop perniagaan perabot dan reka bentuk dalaman pada masa depan?

ABDUL AZIM: Dari amatan saya, perniagaan dalam bidang interior dan dan furniture design  sangat luas malas masih ada pelbagai ruang untuk diterokai oleh seorang pereka. Mungkin sekarang kita masih fikir sofa hanyalah sekadar sofa. Mungkin suatu hari nanti, apa sahaja bentuk dan konsep boleh diaplikasikan untuk sofa / seating concept yang boleh mencipta kreativiti kan keunikan di kalangan pengguna itu sendiri.

#PROMOSI!

Ingin menghiasi dan melengkapkan ruang tamu anda? Jom menangi beanbag menawan dari @zmbeanbag_official yang bernilai antara RM190 hingga RM290 Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Like, follow dan subscribe Facebook, Instagram dan YouTube @glamlelaki
2. Follow Instagram @zmbeanbag_official dan @ZMBeanBagOfficialGallery
3. Sertakan hashtag #GLAMLelakiXZMBeanBag
4. Repost gambar ini dan tag 3 rakan untuk menyertai .

Pastikan akaun anda di mod public ya. Tarikh tutup penyertaan 27 Ogos 2018. All the best! 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Ogos 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut
ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH TERSENDIRI DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA

ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH TERSENDIRI DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA

Bacaan Lanjut
BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

Bacaan Lanjut
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?

BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?

Bacaan Lanjut
JONATHAN BAILEY DISAHKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KEEMPAT

JONATHAN BAILEY DISAHKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KEEMPAT

Bacaan Lanjut