Skip to content

TARIKH SIARAN SQUID GAME 2 DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

SQUID GAME MUSIM KEDUA: INI YANG ANDA PERLU TAHU

Kongsikan artikel ini

Siri paling popular di Netflix, Squid Game akan menghiburkan penonton sekali lagi dengan musim kedua.

Drama aksi musim pertama arahan Hwang Dong Hyuk itu mencatat sejarah sebagai rancangan paling banyak ditonton di Netflix pada tahun 2021. Selepas mencipta fenomena di seluruh dunia, Squid Game disahkan bakal kembali menerusi musim kedua dan peminat tidak henti meluahkan rasa teruja. Beberapa hari lalu Netflix memuat naik video baru di Twitter yang menampilkan aktor dan aktres untuk musim akan datang. Satu patung seram yang merupakan teman lelaki Young Chee bernama Cheol Su juga akan diperkenalkan.

GL kongsikan barisan pelakon, tarikh tayangan, jalan cerita dan segala maklumat terkini mengenai Squid Game musim kedua.

4 of 4

Tentang Musim Pertama

Squid Game musim pertama meraih populariti tidak dijangka di kalangan penonton muda pada tahun 2021. Ia memenangi enam trofi Emmy daripada 14 kategori yang dicalonkan. Lee Jung Jae yang menggalas watak utama sebagai Seong Gi Hun membawa pulang trofi pelakon lelaki terbaik. Lee You Mi yang melakonkan watak Ji Yeong pula memenangi trofi pelakon pembantu wanita terbaik. Bukan hanya barisan pelakon, siri itu juga memenangi Anugerah Emmy untuk kategori Kesan Visual Istimewa Terbaik Dalam Satu Episod dan Persembahan Lagak Ngeri Terbaik 2022. Kategori lain termasuk Reka Bentuk Pengeluaran Terbaik Untuk Program Kontemporari Naratif dan Pengarahan Untuk Siri Drama Terbaik.

Squid Game

Foto: Netflix

 

Foto: Netflix

Pautan berkaitan: BARISAN DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE SELAIN SQUID GAME

4 of 4

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
TARIKH SIARAN SQUID GAME 2 DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

TARIKH SIARAN SQUID GAME MUSIM KEDUA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

Bacaan Lanjut
fashion week menswear

60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

Bacaan Lanjut