STARBUCKS RAIKAN MUSIM BUNGA DENGAN 2 MINUMAN LAZAT & MENYEGARKAN
Rangkaian kafe kopi terkenal, Starbucks mengumumkan dua menu minuman baharu lazat lagi menyegarkan yang diilhamkan oleh musim bunga sakura. Dua menu minuman baharu iaitu Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino boleh didapati di kesemua cawangan Starbucks mulai 26 Mac 2019 dengan harga bermula dari RM17.50 dan keatas. Selain itu, Starbucks juga ada memperkenalkan barangan cenderamata jenama mereka yang sangat cantik dan bertemakan musim bunga.
Dan buat pertama kalinya juga, Starbucks Malaysia turut menampilkan susu santan ataupun coconut milk sebagai pilihan selain susu segar biasa. Andakini boleh menikmati minuman kegemaran kamu dengan pilihan susu lain seperti coconut milk dan susu kacang badam (almond milk).
Starbucks juga mahu anda merasakan sendiri keindahan musim bunga tanpa perlu berada di negara empat musim dengan menyaksikannya melalui teknologi AR (artificial reality). Apa yang perlu anda lakukan hanyalah:
- Imbas Kod QR yang boleh didapati di semua cawangan Starbucks, untuk mendapatkan akses ke Facebook AR Camera.
- Cari pelekat Cherry Blossom di kedai mereka.
- Imbas pelekat Cherry Blossom berkenaan untuk memulakan pengalaman AR.
- Ambil gambar atau video dan kongsikannya di laman sosial anda. Jangan lupa untuk menanda (tag) sekali akaun rasmi Starbucks Malaysia untuk berpeluang memenangi barangan cenderamata Starbucks dengan kristal Swarovski.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Mac 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
3 DRAMA MEERQEEN DENGAN RATING TERTINGGI DI MALAYSIA
Nama Meerqeen semakin kukuh sebagai pelakon lelaki yang berbakat dan versatil. Dengan aura yang tersendiri, wajah tampan dan lakonan yang penuh emosi, setiap drama yang dibintanginya sentiasa mendapat perhatian peminat
RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?
Ramadan semakin hampir, membawa bersama keberkatan dan keampunan. Namun, adakah anda benar-benar bersedia?
BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY
"Odyssey" menampilkan material poli karbonat ringan dengan corak 3D Intreccio, teknik anyaman ikonik yang mendefinisikan identiti Bottega Veneta.
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.