STOR PERTAMA LUSH DI MALAYSIA KINI DIBUKA
Baru-baru ini, stor pertama LUSH telah pun dilancarkan dengan meriahnya di Pavilion Kuala Lumpur. Apa yang boleh dikatakan sehingga hari ini, stor LUSH yang terletak di aras 4 pusat beli-belah Pavilion KL itu masih menerima kehadiran pelanggan yang ramai biarpun pada hari bekerja. Wah hebat betul penangan LUSH ini!
Malah ketika pelancarannya pada minggu lalu, ia turut sibuk dengan kehadiran para media, tetamu undangan serta pemenang bagi pertandingan yang mereka lakukan secara atas talian. Yang istimewanya lagi, proses pelancaran stor LUSH pertama di Malaysia itu telah diserikan dengan kehadiran YB Nurul Izzah yang menjadi tetamu VVIP yang melancarkan pembukaan stor tersebut.
LUSH adalah satu jenama produk kecantikan buat tubuh yang sangat digemari di seluruh dunia termasuklah warga Malaysia yang menanti dengan penuh sabar untuk jenama ini membuka stor mereka di sini. Kini dengan adanya stor LUSH di Malaysia, maka tercapailah impian ramai peminat jenama ini khususnya golongan wanita yang menggemari produk LUSH atau dipanggil Lushies.
Oleh Wan Mohd Firdaus (Sumber: Farhana Fuad dari Majalah Eh!)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
5 SUPERFOOD PERLU AMBIL UNTUK MILIKI PROSTAT YANG SIHAT
Tiada bukti menunjukkan pemakanan yang baik boleh mencegah masalah prostat, namun pengambilan makanan unggul boleh mengurangkan risiko anda.
KENALI APA ITU ANGIN PASANG LELAKI & CARA MERAWAT BERKESAN
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
BELAIAN UNTUK LELAKI BERAMBUT AFRO DAN KERITING
Lush memperkenalkan lima produk baharunya yang didedikasikan untuk mereka yang berambut afro dan pastinya boleh juga digunapakai untuk sesiapa yang memiliki rambut keriting.
“SAYA BARU ‘HALF-WAY, BELUM CAPAI TARGET LAGI..” SAHARUL RIDZWAN KONGSI PENGORBANAN & TRANSFORMASI SUSUK TUBUH SASANYA
Saharul Ridzwan berkongsi rutin, persediaan & pengorbanan ditempuhi bagi mendapat bentuk tubuh badannya terkini.