Skip to content

“SUKSES CARA SENDIRI, ENGGAN TUMPANG POPULARITI NEELOFA” – LUAHAN HAWA RIZWANA

Kongsikan artikel ini

Siapa tidak mengenali bintang sensasi dan usahawan berjaya, Noor Neelofa bukan? Kejayaan Neelofa menyeimbangkan kerjaya seni dan pada masa yang sama membina empayarnya sememangnya wajar dicontohi. Namun, seorang gadis yang entah dari mana tiba-tiba sahaja viral dan popular sekelip mata gara-gara wajahnya mirip personaliti berpengaruh itu. Meet Hawa Rizwana. Jika diperhatikan betul-betul, ya raut wajahnya saling tidak tumpah dengan personaliti itu.

Namun, adakah ini sesuatu yang sudah dijangkakan? Terus dikenali semata rupa? Oh tidak! Bukan itu yang ingin GL kongsikan. Hawa juga bukanlah individu yang menumpang populariti Neelofa, namun dirinya juga punya kisah positif yang boleh dikongsikan dengan pembaca. Sekian lama dirinya dikaitkan, Hawa akhirnya bersuara meluahkan apa yang terbuku dalam dirinya. Penulis menghubungi Hawa sendiri dan memintanya berkongsi tentang diri, impian dan apa di sebalik namanya. Teruskan membaca…

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?

HAWA RIZWANA: Terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki kerana sudi menemuramah saya. Baiklah, nama penuh saya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, berumur 21 tahun, dilahirkan pada 7 September 1995 di Illinois Amerika Syarikat ketika ayah sedang melanjutkan pengajian doktor falsafah (PhD). Saya merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki. Hobi saya antaranya melukis terutamanya fesyen baju, menari, memasak, membaca buku, menaiki basikal.

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, SM Sains Muar, asasi undang-undang UiTM Shah Alam, baru sahaja menghabiskan Sarjana Muda Kewartawanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Shah Alam dan baru sahaja selesai latihan industri di Wanita Hari Ini TV3. Saya adalah seorang percaya akan ada hikmah walau apa pun terjadi dan selalu mahu sebarkan kebaikan kepada orang lain walau sekecil manapun.

GLAM Lelaki: Sebelum anda mulai tular di laman-laman sosial, anda sendiri sememangnya sudah punya pengikut yang ramai di laman sosial anda. Ceritakan sedikit bagaimana anda boleh memiliki pengikut yang ramai sebelum ini?

HAWA RIZWANA: Sebelum ini taklah ramai mana pun, mungkin sebelum ini saya mempunyai ramai kawan dari merata tempat dan yang follow itu kawan kepada kawan-kawan saya. Selain itu, saya juga banyak berkongsikan hobi di Instagram. Bagi saya Instagram bukan sahaja untuk kita kongsikan #ootd sahaja, tetapi untuk kongsikan hobi, pengalaman dan juga positive quotes. Misalnya, saya suka kongsikan video menari dan juga video masakan.

GLAM Lelaki: Jika dilihat sekaran ibarat ibarat satu trend, bila wajah mirip artis terkenal pasti akan cepat tular dan mendapat publisiti meluas. Komen anda?

HAWA RIZWANA: Bagi saya, raut wajah adalah anugerah daripada Allah dan Dia ciptakan semuanya cantik belaka. Apabila serupa dengan artis, semestinya terbit rasa syukur disamakan dengan mereka yang cantik. Bagi saya wajah ini adalah satu anugerah dan apabila disamakan dengan wanita cantik seperti Neelofa seharusnya saya bersyukur dan bagi saya, kejayaan beliau yang saya kagumi.

GLAM Lelaki: Anda kini sudah menjadi penyampai berita untuk TV9. Namun ada kata-kata netizen yang beranggapan awak diterima menjadi penyampai berita kerana wajah anda. Komen anda?

HAWA RIZWANA: Saya sebenarnya sudah ditawarkan oleh Eksekutif Editor Berita TV9 sekitar bulan April lalu dan ketika itu saya berada di sebuah kafe sedang berlatih skrip untuk assignment malam untuk Wanita Hari Ini. Kebetulan Eksekutif Editor terdengar suara saya dan memanggil saya untuk memberi resume. Selepas itu saya pergi ke sesi uji bakat membaca berita (semasa latihan industri / internship) Dan Alhamdulillah saya dilatih untuk menjadi pembaca berita sehinggalah sekarang. Jadi, saya bukan dipilih kerana tular atau kerana wajah semata mata.

GLAM Lelaki: Adakah awak sendiri meminati Neelofa? Jika ya, kenapa?

HAWA RIZWANA: Yes im a fan of her! Bagi saya, beliau adalah seorang wanita yang sangat berkarisma dan bijak dalam bidang keusahawanan. Namun, saya tidak mahu mencipta reputasi hanya semata kerana saya memiliki raut wajah seakan Neelofa. Cukup-cukuplah kaitkan saya dengan dirinya. Saya tak nak orang ingat saya syok sendiri pula.

GLAM Lelaki: GL difahamkan anda masih belum berpeluang untuk bersemuka dengan Neelofa? Jika suatu hari nanti anda berkesempatan, apa yang Hawa ingin cakapkan kepada Neelofa?

HAWA RIZWANA: Saya mungkin akan mengucapkan tahniah atas segala kejayaanya dan menberitahu beliau adalah contoh kepada wanita-wanita di luar sana yang kuat dan berkarisma.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam tempoh 5 tahun akan datang?

HAWA RIZWANA: Susah untuk dijangka sebenarnya. Lima tahun lepas saya baru saja habis SPM, dan kini saya seorang pembaca berita. Apa yang boleh saya katakan, mungkin saya seorang usahawan kerana memang meminati bidang fesyen dan rekaan pakaian. Malah, saya mula menjual rekaan saya sejak Aidilfitri baru baru ini tetapi secara kecil-kecilan saja.

Selain itu, mungkin saya akan sambung belajar dan mengambil Master dan seterusnya PHD. Saya ingin jadi pensyarah, tapi bukan sekadar mengajar tetapi membuka mata dan mendidik masyarakat tentang komunikasi massa kerana lately, ramai yang memandang rendah tentang jurusan ini. ‘Nak glamor, masuklah mass com!, nak masuk mass com, tak perlu jadi bijak pandai pun!’. One day I would like to educate them to portray themselves to the world that they’re worth it, but not just going to the faculty and dressed up. Bagi Hawa, semua jurusan ada pengkhususannya tersendiri dan jurusan Komunikasi Massa tidak terkecuali. Banyak ilmu kita pelajari dari psikologi, statistik, perniagaan, bahasa hinggalah sains.

GLAM Lelaki: Senaraikan 5 fakta menarik tentang diri anda yang tidak semua tahu.

HAWA RIZWANA: Oh, lima fakta tentang diri saya? Ok, ini dia.

  1. Saya seorang yang sukan menari, malah pernah mewakili Malaysia untuk buat persembahan di Hungary. Mlaah pernah memenangi tempat kedua di Festa Mukal peringkat antarabangsa di Labuan.
  2. Sukakan kucing.
  3. Sukakan budak-budak, malah suka tengok gelagat kanak-kanak seperti Aaisyah dan Lara Alana.
  4. Fobia dengan bunga api sebab sebab dulu masa kecil dulu pernah terkena dekat pipi sehinggakan tinggalkan parut sampai sekarang.
  5. Saya seorang anak perempuan tunggal dan ibu bapa saya amat over-protected.

GLAM Lelaki:  Kata-kata terakhir buat mereka yang menyokong anda.

HAWA RIZWANA: Terima kasih kepada ibu dan tidak dilupakan juga kepada bapa saya, Ahmad Redzuan kerana dialah yang banyak mendorong hawa masuk bidang ni sebenarnya. Selain itu, keluarga dan rakan rakan yang mengenali diri saya kerana sentiasa berada di sisi pada saat yang senang dan susah. Mereka tahu saya sudah banyak bekerja keras dalam pelajaran dan juga ko-kurikulum untuk sampai ke tahap ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Ogos 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut