THE ROLLING STONES KELUARKAN JENAMA COKLAT SENDIRI
Kumpulan rock’n’roll legenda United Kingdom itu mengejutkan peminat dengan melancarkan bar coklat mereka sendiri bermula minggu ini.
Ya benar! The Rolling Stones akan mengeluarkan jenama bar coklat mereka sendiri. Bermula minggu ini, peminat kumpulan legenda itu boleh mendapatkan bar coklat mereka melalui laman web rasmi mereka.
Bar coklat ini akan hadir dalam dua perasa iaitu Brown Sugar (coklat susu) dan Cherry Red (coklat gelap). Nama bar coklat itu diinspirasikan daripada lagu mereka sendiri. Brown Sugar adalah judul lagu hit mereka pada 1971 manakala Cherry Red dipetik daripada lirik lagu ‘You Can’t Always Get What You Want’.
Walau bagaimanapun, bar coklat itu tidak datang murah. Setiap bar coklat itu dijual pada harga £5.95 atau bersamaan dengan RM33 setiap satu. Belum lagi ditambah dengan kos penghantaran bermula dari £2.27 untuk pembelian di United Kingdom.
Produk merchandize seperti ini dapat menjana pendapatan buat pemuzik, lebih-lebih lagi ketika konsert atau konsert jelajah terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19. Tahun lalu, The Rolling Stones telah membuka stor mereka di kota London, diikuti dengan stor atas talian.
The Rolling Stones yang terkenal dengan simbol lidah ini adalah antara kumpulan rock ‘n’ roll yang paling dihormati di dunia. Diasaskan pada 1962, kumpulan ini terus kekal aktif di atas pentas dan telah meraikan ulang tahun ke-50 pada 2012. Album studio terkahir mereka berjudul Blue & Lonesome 2016, manakala album Goats Head Soup yang pertama dikeluarkan pada 1973 telah dilancarkan semula tahun lalu dengan menampilkan beberapa lagu baharu. Hari ini, kumpulan ini dianggotai oleh Mick Jagger, Keith Richards, Charlie Watts dan Ronnie Wood.
Baca lebih lanjut: FESTIVAL GLASTONBURY 2021 DIBATALKAN
Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN
Selain daripada muzik barat, lagu k-pop juga kini mampu mencapai populariti yang sama dan lebih tinggi dalam industri muzik. Dalam dunia K-pop yang terus berkembang, setiap minggu kita akan menyaksikan pelbagai lagu baru mencipta gelombang di kalangan peminat. YouTube Music menjadi platform penting yang memaparkan lagu-lagu paling popular, dan carta teratas mereka sering menjadi petunjuk…
IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK
Sebuah revolusi muzik bakal kembali, KRU is back! Ikon legenda Pop Band Malaysia ini kini kembali menggegarkan industri muzik Malaysia.
TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST
Temui top playlist Afgan, dari balada romantis hingga R&B yang penuh jiwa, meraikan karier muziknya yang ikonik!
KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME
Kendrick Lamar akan menjanjikan persembahan ikonik dan bakal mencipta sejarah dalam dunia muzik dan budaya.