Skip to content

TIMBERLAND KLCC: GABUNGAN GAYA BANDAR DAN SEMANGAT LUARAN

Kongsikan artikel ini

Jenama gaya hidup global Timberland, dengan kerjasama GMG, secara rasmi membuka butik terbaharunya di Suria KLCC. Ruang baharu Timberland KLCC ini memperkenalkan konsep “Global Retail Refresh Concept” terbaru Timberland, yang menggabungkan warisan kerja dan aktiviti luar jenama ini dengan sentuhan gaya bandar yang lebih sofistikated.

“GLOBAL RETAIL REFRESH CONCEPT”

Timberland KLCC direka dengan pendekatan moden dan modular, butik baharu ini menyerlahkan keseimbangan antara ketahanan, keaslian dan gaya kontemporari. Setiap elemen reka bentuknya menonjolkan ketukangan dan nilai warisan Timberland melalui paparan produk yang dinamik serta penggunaan tekstur yang kaya. Ia bukan sekadar ruang membeli-belah, tetapi satu pengalaman yang meraikan gaya “outdoor meets urban” yang menjadi identiti utama jenama ini.

PENGALAMAN PERIBADI UNTUK PELANGGAN

Salah satu tarikan utama butik ini ialah ruang “TIMBS it YOURSELF” (T.I.Y.) Workshop Counter, yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memperibadikan dan menyesuaikan kasut ikonik mereka seperti Yellow Boot dan Timberland 25 Boots. Melalui konsep ini, Timberland menggalakkan ekspresi diri dan kreativiti pelanggan. Menjadikan setiap pasang kasut benar-benar unik dan bermakna.

Selain itu, butik ini turut menampilkan ruang khas untuk koleksi lelaki dan wanita, memastikan setiap pengunjung menikmati perjalanan membeli-belah yang tersusun, interaktif, dan berinspirasi.

TIMBERLAND KLCC

Timberland KLCC bukan hanya sekadar butik baharu, ia adalah lambang komitmen jenama ini terhadap pasaran Malaysia. Dengan menggabungkan elemen warisan, inovasi dan personalisasi, Timberland menzahirkan semangat peneroka moden yang menghargai gaya, fungsi dan kebebasan untuk menjadi diri sendiri.

Artikel Berkaitan: 5 SEBAB KOLEKSI TIMBERLAND MOTION RANGE SANGAT PRAKTIKAL

 

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ustaz irfan

SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM

Bacaan Lanjut
KEMPEN MUSIM BUNGA CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK

KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
OSCARS 2026: KENALI BARISAN PELAKON-PELAKON LELAKI YANG TERCALON

OSCARS 2026: KENALI BARISAN PELAKON-PELAKON LELAKI YANG TERCALON

Bacaan Lanjut

MENGAPA ALIF SATAR JADI IDOLA BELIA DAN JUGA GEN-Z HARI INI?

Bacaan Lanjut
GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

Bacaan Lanjut
GL RAYA 2026: IMBAS SEMULA LOOK RAYA SELEBRITI MALAYSIA

GL RAYA 2026: IMBAS SEMULA LOOK RAYA 2025 SELEBRITI MALAYSIA

Bacaan Lanjut