Warna-warni upacara penutup Sukan Paralimpik 2016, Rio.
Teks: Putra Mokhter Gambar: Sumber Google
Berlangsung di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, upacara penutupan Sukan Paralimpik 2016 disambut dengan penuh warna-warni dan gilang-gemilang. Kawasan stadium dipenuhi dengan kehadiran penonton dari pelbagai negara, lambang sokongan mereka kepada para atlet, juga bersama barisan atlet paralimpik yang bersama-sama menjayakan upacara penutupan ini. Upacara dimulakan dengan pertunjukan warna-warni bunga api serta beberapa persembahan muzik yang turut memeriahkan upacara, lambang kejayaan temasya yang berlangsung selama 12 hari ini.
Atlet Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong, malah mencipta satu sejarah dalam sukan paralimpik di mana atlet Malaysia berjaya meraih tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. Atlet Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbang pingat emas dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) dengan catatan masa 12.07 saat, sekali gus menjadikan ia rekod Sukan Paralimpik yang baru.
Seterusnya pingat emas kedua milik Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran), dengan jarak lontaran 16.84 meter dan berjaya mencipta rekod dunia dalam acara ini.
Abdul Latif Romly, menyambung legasi kejayaan dengan meraih pingat emas yang ketiga buat Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60 meter – memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali sepanjang acaranya!
Pingat gangsa dimenangi oleh Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) bersama rekod baru Sukan Para Asia dengan lompatan sejauh 5.20 meter.
Menurut ketua kontijen Malaysia (CDM), Dr Ang Kean Koo, hasil setiap kejayaan yang dicapai oleh atlet paralimpik Malaysia memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya atlet normal untuk berjuang dan bersemangat mencapai apa yang diidamkan.
Simbolik upacara ini, obor sukan paralimpik dipadamkan dan bendera paralimpik diserahkan kepada Datuk bandar Tokyo, Yuriko Koike. Jepun akan menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik 2020 yang bakal diadakan di Tokyo.
Tahniah GLAM Lelaki ucapkan kepada kejayaan yang diraih oleh para atlet Malaysia dan membawa satu lagi kenangan manis dalam diari identiti negara Malaysia!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.