Skip to content

4 JAM TANGAN PILIHAN GL: RUMUSAN DARI LVMH WATCH WEEK 2023

Kongsikan artikel ini

Diselenggarakan di Singapura, pembentangan LVMH Watch Week 2023 arloji edisi keempat mempamerkan pelbagai kebaharuan jam tangan yang melampaui nilai ketukangan barisan novelty terdahulu.

Di saat kesibukan perayaan tahun baru masih diraikan, dunia jam tangan sekali lagi mengalihkan perhatiannya ke kota Singa. Bermula dari 10 sehingga 12 Januari lalu di penggal pertama tahun ini, edisi keempat Minggu Arloji LVMH 2023 atau LVMH Watch Week 2023 memulakan rencana pertama industri bagi tahun ini.

Sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu, barisan jenama yang bernaung dibawah kumpulan LVMH; yakni TAG Heuer, Zenith, Hublot dan Bulgari tampil membentangkan ciptaan baharu mereka yang muncul begitu inovatif.

4 Jam Tangan Pilihan GLAM: Rumusan LVMH Watch Week 2023

Frédéric Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer yang muda lagi dinamik memperkenalkan kronograf Carrera dan Monza baharu, kedua-duanya diperoleh daripada penglibatan bersejarah jenama itu dalam arena perlumbaan permotoran.

Kevin Pietersen with specialist Wildlife guide -KNP at sunset

Kevin Pietersen bersama pakar panduan Hidupan Liar memakai Big Bang Unico SORAI baharu.

Hublot pula terus bermain dengan kepelbagaian warna, material dan inovasi teknikal dengan Big Bang Automatic Tourbillon dalam rona Neon Yellow SAXEM yang mencuri tumpuan ramai. Begitu juga kehadiran Big Bang Unico SORAI baharu mencerminkan tumpuan mereka terhadap tanggungjawab sosial.

Dilihat sama Zenith yang mendakap ilham arlojinya dari glasier kepada Skyline dengan dua keluaran model Defy baharu. Disamping itu, memperkenalkan saiz terkini bagi Defy Skyline dari 41mm kepada 36mm, juga tersedia dalam tiga warna baharu.

Arloji ilham jauhari Serpenti Misteriosi High Jewellery yang dipertontonkan tahun lalu oleh Bulgari.

Demikian, kreasi jam tangan dari rumah arloji ilham jauhari Bulgari untuk tahun ini pula rata-ratanya dihiasi butiran batu permata. Daripada berlian, nilam, delima beralih kepada peridot, tanzanite dan citrine. Ini kerana tahun terdahulu Bulgari fokus kepada penciptaan gerakan horologi yang spektakuler, termasuk ciptaan Octo Finissimo Ultra yang merupakan jam tangan ternipis di dunia pada masa ia dikeluarkan.

Seperkara lagi, perkenalan jam tangan ilham jauhari Serpenti yang menyanjung tinggi ketukangan perhiasan tertinggi yang dilitupi seni enamel dan batu permata bagi menterjemahkan rincian sisik kulit reptilia itu bagi meraikan ulang tahun ke-75 koleksinya.

Ayuh kenali 4 ciptaan baharu yang mencuri perhatian GLAM Lelaki saat ia dibentangkan di kota Singa yang lalu!

4 of 4

#4 Bulgari Serpenti Tubogas Infinity

Serpenti boleh dikatakan himpunan jam tangan Bulgari paling ikonik. Kita sudah diperlihatkan dengan pelbagai edisi daripada versi Tubogas yang lebih bergaya pada akhir 1940-an, dengan dail bulat kepada berbentuk pir yang menterjemahkan kepala ular dengan lebih tepat.

Keluaran terkini menghadirkan Serpenti Tubogas Infinity; yakni dihiasi tetapan permata pada gelang jam tangan memanjang sehingga ke case jam tangan. Lantas, menciptakan ilusi garisan berlian berbentuk ular yang sempurna.

Serpenti Tubogas Infinity menampilkan case emas merah melengkung 35mm dan jam tangan ditetapkan dengan 486 butiran berlian sejumlah  (~5.85 karat). Ia boleh didapati dengan tali jam berlingkar tunggal atau berganda lalu menempatkan pergerakan kuarza.

Pautan Berkaitan: FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA

4 of 4

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut