JAM TANGAN LAKSANA EMAS KUNING TETAP MENJADI BUTIR PREFERENSI SUATU GAYA KLASIK. EKSPRESI BERANI NAN MEWAH YANG MEWAKILI TRADISI KETUKANGAN PEMBUATAN JAM INI SUDAH DILIHAT MELINGKARI TANGAN PARA JEJAKA BERDEKAD LAMANYA.
3 of 4
Jam Black Bay Chrono S&G ilham Tudor berharga RM26,280.
Mengekalkan susuk rekaan serta estetika Black Bay, model Black Bay Chrono S&G atau Steel & Gold ini ditampilkan dengan jarum jam ikonik Tudor yakni bergaya snowflake. Versi emas bergabung keluli ini disempurnakan untuk pembacaan yang optimum terhadap dail kemasan matt-black yang diolah berkubah. Kaunter kronografnya dalam rona champagne memancarkan kontras. Manakala, tetingkap tarikh pada posisi enam melestarikan tradisi barisan kronograf Tudor selain mengekalkan ciri-ciri utama Black Bay dalam case keluli berdiameter 41mm yang dilengkapi dengan pusher serta cincin bezel dalam emas kuning emas.