JAM TANGAN LAKSANA EMAS KUNING TETAP MENJADI BUTIR PREFERENSI SUATU GAYA KLASIK. EKSPRESI BERANI NAN MEWAH YANG MEWAKILI TRADISI KETUKANGAN PEMBUATAN JAM INI SUDAH DILIHAT MELINGKARI TANGAN PARA JEJAKA BERDEKAD LAMANYA.
2 of 4
Jam Big Bang Unico WBC olahan Hublot berharga RM147,900.
Bersempena perkongsian Hublot bersama World Boxing Council, WBC, Hublot mencipta siri edisi terhad The Big Bang Unico WBC dalam dua gaya. Jam tampil disempurnakan bertali kulit buaya rona hijau yang merangkumi reka bentuk unik tali pinggang kejohanan ikonik yang mana merupakan bentuk pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan kepada peninju. Model pertama digarap sepenuhnya berona hijau manakala gaya kedua pula menggabungkan case emas 18k dengan cincin bezel seramik rona hijau.
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….