Big Bang Unico Summer
Kehangatan memori musim panas dibayangi nada rona biru biasan alam. Arloji Big Bang Unico Summer ditransformasikan Hublot dengan memadukan spektrum sinar mentari yang tampil unik lagi rumit untuk diproduksikan.
Menerusi kepakarannya dalam memanfaatkan ilmu teknologi material, Hublot menzahirkan kesempurnaan dalam kesederhanaan penciptaan Big Bang Unico Summer. Kerangka case bersaiz 42 mm diperbuat dari aluminium teranod kemasan gilap satin yang ringan lagi disuntik rona unik. Pencapaian teknikal ini menghasilkan pecahan warna biru yang seragam; yakni rona firus atau turquoise bak laut pantai nan indah dan lagun membiru.

Bersifat gender nuetral, arloji uniseks ini diproduksi terhad hanya 200 utas menerusi laman e-dagang. Di samping itu, diperlihatkan di balik paparan kaca butiknya di Mediterranean. Termasuk di Capri, Forte dei Marmi, Mykonos, Ibiza, Bodrum, Saint-Tropez dan Monaco.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











