BLACK BAY ILHAM TUDOR: IKON JAM TANGAN PENYELAM DENGAN EVOLUSI TERKINI
TUDOR sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam dunia horologi dengan memperkenalkan evolusi terkini jam tangan penyelam ikonik, Black Bay. Kali ini, ia tampil dengan bezel burgundy yang memukau serta inovasi teknikal yang menjadikan jam tangan ini bukan sekadar aksesori gaya, tetapi lambang keunggulan dan ketahanan luar biasa.

Dilancarkan buat julung kali pada tahun 2012, model Black Bay segera mendapat tempat sebagai antara rekaan paling ikonik dalam rangkaian TUDOR. Tiga tahun kemudian, pada tahun 2015, ia dipertingkatkan lagi setelah dilengkapi dengan kaliber buatan dalaman (Manufacture Calibre).
Kini, Black Bay kembali dalam evolusi ketiganya. Satu versi yang bukan sahaja mengekalkan identiti klasiknya, tetapi juga memberi gambaran tentang masa depan rekaan dan teknologi jam tangan TUDOR.
Pensijilan Master Chronometer daripada METAS adalah bukti komitmen jenama dalam memenuhi piawaian ketepatan dan ketahanan magnetik yang sangat ketat. Satu pencapaian yang hanya dimiliki oleh beberapa jam tangan terkemuka di dunia.

Rekaan Ikonik dengan Sentuhan Moden
Model ini mengekalkan reka bentuk asal Black Bay dengan saiz 41mm yang disesuaikan kebanyakan pergelangan tangan. Diperbuat daripada keluli tahan karat yang kukuh, jam ini juga menampilkan bezel berwarna burgundy (merah tua) yang berputar sehala selama 60 minit. Ia merupakan satu ciri penting untuk jam selam. Warna bezel berevolusi dari rekaan Black Bay pertama pada 2012. Mungil dengan karakter kuat, evolusi tersebut menawarkan praktikal dan kualiti yang khas.
Paparan muka jam menggunakan rekaan klasik dengan dail hitam satin yang sedikit melengkung. Diserlahkan dengan perincian ton emas (gilt accents) yang elegan. Jarum “Snowflake”, yang menyingkap identiti jam selam TUDOR sejak tahun 1969, turut dikekalkan. Gabungan ini memberi penghormatan kepada warisan jenama sambil mengekalkan gaya moden. Menghadirkan kombinasi keanggunan maskulin dan kemewahan klasik. Dirancang sebagai penghormatan pada warisan horologi Tudor yang elegan dan timeless sebagai nilai tambah.
Dari segi mekanikal, jam tangan ini didayakan oleh Manufacture Calibre MT5602-U yang bukan sahaja diluluskan oleh COSC, malah turut diperkukuhkan dengan spring rambut silikon serta rizab kuasa sehingga 70 jam.
Desain seimbang antara sporty dan refined, menjadikannya pilihan ideal bagi pemakai yang ingin tampil klasik namun tetap bergaya kekinian. Apalagi, Black Bay ini hadir dengan beberapa pilihan tali. Antara pilihan, tali ‘stainless steel’ dan getah. Cukup sempurna melengkapi gaya harian ragam identiti.
Kesemua pilihan ini dilengkapi dengan pengancing pantas TUDOR “T-fit”, membolehkan pemakai melaras saiz tali dengan mudah. Sangat praktikal buat pemakai dalam apa jua situasi, terutamanya kala mengembara. Ciri yang memahami keperluan lelaki masa kini.

Diperakui “Master Chronometer” oleh METAS
Black Bay edisi ini telah mendapat pensijilan Master Chronometer oleh METAS (Institut Metrologi Persekutuan Switzerland). Ini bermaksud ia telah melepasi ujian terperinci dari aspek ketepatan masa, kalis magnet, ketahanan air dan simpanan tenaga. Bagi pemakai yang menghargai ketepatan dan ketahanan, ini bukan sekadar jaminan. Ia membuktikan inovasi yang tinggi, sekaligus berguna dalam pelbagai situasi. Menjadikan setiap rekaan jam tangan Black Bay sebagai lambang keunggulan Swiss.
Lebih menarik lagi, jam ini dilindungi dengan jaminan 5 tahun yang boleh dipindah milik, tanpa perlu mendaftar atau melakukan pemeriksaan berkala.
Anda beli, anda pakai, dan anda nikmati dengan keyakinan.
Klip ‘T-fit’: Inovasi Mudah dan Bergaya
Sistem klip “T-fit” adalah inovasi kecil namun penting. Ia membolehkan pemakai mengubah panjang gelang atau tali getah dengan mudah tanpa perlu teknik khusus, dengan lima tahap penyesuaian sepanjang 8mm. Bearing bola seramik pada klip ini memastikan penutupan yang kukuh, memberikan pengalaman memakai yang selesa.
Praktikal & timeless
Model Black Bay edisi ini tampil dengan dua pilihan, stainless steel bukan sahaja bergaya, tetapi juga direka untuk kenyamanan maksimum. Nyata mencerminkan keseimbangan sempurna antara warisan dan tampilan elegan. Setiap tali diperkemaskan dengan balutan satin untuk gaya lebih elegan. Rupanya juga membuatkan pemakai tampak berani sekaligus refined. Sempurna untuk anda yang aktif dan memerlukan jam tangan klasik moden, juga tampil bergaya dengan elemen visual berkelas.
Gabungan fungsi dan perincian ini menjadikan pengalaman memakai Black Bay bukan sahaja selesa, tetapi juga kaya dari aspek sentuhan dan pemakaian harian. Membuatnya layak dikoleksi, terutama untuk anda yang mencari jam tangan dengan ciri khas berbeza.
Warisan dan Identiti Black Bay
Black Bay bukan sekadar jam tangan; ia simbol warisan selama hampir tujuh dekad TUDOR dalam penghasilan jam penyelam profesional. Dengan rekaan yang terinspirasi dari model-model era 1950-an dan rekaan ‘Snowflake’ yang ikonik, Black Bay menyatukan tradisi dan inovasi. Jam ini tidak hanya bernilai secara estetika, tetapi juga sebagai pelaburan jangka panjang yang tahan waktu dan trend.
Lebih Daripada Sekadar Jam Tangan
Bagi mereka yang mencari gabungan warisan, estetika ikonik, dan inovasi terkini, Black Bay TUDOR adalah pilihan yang sukar ditandingi. Ia bukan sekadar alat penunjuk masa, tetapi simbol gaya hidup berani dan penuh makna. Warnanya pula menjadi pernyataan gaya yang mencerminkan selera elegan pemakainya. Dengan setiap sentuhan yang teliti dan ketepatan teknikal hebat, jam tangan ini pasti menjadi teman setia dalam setiap pengembaraan anda.
Terokai koleksi Black Bay secara dalam talian atau kunjungi butik TUDOR by The Hour Glass di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Artikel berkaitan: LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI
"Individu impian saya untuk bekerjasama ialah Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Francissca Peter," Jemput Dengar.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.












