Skip to content

BULGARI OCTO FINISSIMO AUTOMATIC IALAH JAM SELF-WINDING TERNIPIS DI DUNIA!

Kongsikan artikel ini

Memperkenalkan Octo Finissimo Automatic, jam tangan dari jenama antarabangsa popular Bulgari yang telah memecah rekod sebagai tangan self-winding ternipis di dunia. Rekod ini dipecah dan diperakui bersempena acara Baselworld 2017 yang diadakan. Dengam reka bentuk lebih sleek dan magnetik, ia menampilkan ketebalan case 5.15mm dan ketebalan pergerakan hanya 2.23mm.

Dengan kewujudan pergerakan nipis automatik di pasaran harologi masa kini, ia dilihat sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan yang menampilkan kehalusan kejuruteraan sertsa simbol inovasi dari Bulgari. Yang pasti, ia adalah jam tangan khas buat lelaki dengan suntikan gaya terkini.

Sebagai standard baru untuk keanggunan, geometri bersisi lapan Octo Finissimo yang automatik dengan kejuruteraan pembinaan titanium monokromatik meld menjadikan jam tangan ini seakan licin, ringan dan bersesuaian untuk pemakaian seharian.  Bagi memastikan pelancaran tenaga, ia berdetak pada frekuensi 21,600 getaran per jam dan mempunyai rizab kuasa 60 jam.

Dan pada masa yang sama, sewaktu pengumuman rekod ini turut memperkenalkan ikon fesyen, Jon Kortajarena sebagai duta global jam tangan terbaru untuk jenama Bulgari. Selain dikenali dan berbakat, Jon telahpun bekerjasama dengan ramai jurugambar terkemuka dunia, dari Peter Lindbergh hinggalah ke Mario Testino, selain dikenali antara muse untuk Tom Ford. Tersenarai di tangga keempat model lelaki terpenting sepanjang zaman oleh Vogue US, Jon turut memberikan pendapat peribadinya tentang keunikkan jam tangan Octo Finissimo ini.

“Saya suka bagaimana jenama Bulgari sentiasa menolak sempadan. Yang pasti, ia merupakan jenama yang menemui dan memenuhi cabaran, sama dengan cara saya bekerja setiap hari. Yang pasti, ini adalah sebab utama saya mengemari jam tangan hasil buatan Bulgari”, jelas Jon Kortajarena.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Mac 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 'THE WATCH KEEPERS': TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut