CASIO EDIFICE EQB-800 DINAMIK UNTUK PERLUMBAAN
Memperkenalkan model terkini Edifice yang berilhamkan sukan permotoran, jam analog dibingkis Casio siap dengan fitur connected engine bagi menghubungkannya ke telefon pintar. Dibikin hasil makluman serta nasihat Pasukan Perlumbaan Profesional, model Race Lap Chronograf EQB-800 diperkenalkan.
Sekali gus menambah siri barisan Edifice yakni jam tangan berprestasi tinggi yang menggabungkan gaya dinamik berserta teknologi canggih. Sebagai model terbaru yang boleh dihubungkan ke telefon pintar, EQB-800 menggabungkan prestasi canggih dengan seni reka visual yang agresif lagi mendebarkan dari lapangan sukan. Memerlukan aplikasi CASIO WATCH+, aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store menerusi iPhone atau Google Play bagi Telefon pintar Android.
Jam kronograf EQB-800 baru ini dilengkapi dengan teknologi Casio Connected Engine bagi menghubungkannya dengan telefon pintar. Tampil bernada sporty nan dinamik, case jam digarap tebal berserta indeks masa yang tegap. Paduan rona biru serta laman dail hitam berserta kemasan tali keluli memberikan efek maskulin. Terutamanya, pada kaunter retrograde pada kedudukan indeks masa 9 yang punya paparan jarum 3D tebal untuk indikasi fungsi jam randik, hubungan ke telefon pintar serta paparan tahap bateri.
Oleh Editorial GLAM Lelaki, 16 November 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Bell & Ross memperkenalkan BR-03 Rafale Solo Display Chronograph edisi terhad, meraikan ketepatan, prestasi dan dunia aeronautik
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS
Koleksi jam tangan mewah, terutamanya Rolex milik TMJ Tunku Ismail Idris yang penuh elegan cukup untuk menggemburkan industri fesyen.