Dail Hijau Monaco
Warna dail yang tidak pernah ditampilkan oleh TAG Heuer sebelum ini diterjemahkan dalam nada hijau gelap zamrud. Secara tidak langsung, menonjolkan susuk rekaan jam tangan square-cased berlapis keluli ini. Efek gradasi dari hijau muda di pusat dail berganjak ke nada hijau gelap zamrud di pinggirnya, memberikan sensasi kepantasan. Warna hijau ini juga mengingatkan bahagian tertutup yang terkenal di trek Grand Prix Monaco, sebelum chicane di tepi pelabuhan.
Perincian kontras yang halus disisipkan dengan kemasan sunray-brushed; lalu memaparkan dua sub-dail hitam serta indeks masa yang berlapis rodium serta jarum disuntik Super-LumiNova® putih. Dengan konsistensi yang teliti, tulisan ‘Monaco’ dan logo TAG Heuer berada di bawah indikator angka 12 dan tingkap penunjuk tarikh dipaparkan sebagai indikator angka 6.
Di bahagian belakangnya pula, terlihat mesin automatik Calibre Heuer 02 yang diberi penutup berbahan kristal nilam berserta tulisan ‘Cal Heuer 02 Swiss Made’ dalam rona yang sepadan. Kronograf automatik TAG Heuer Monaco Green Dial berdiameter 39 mm ini disempurnakan dengan tali kulit berwarna hitam.
Pautan berkaitan: PEMELIHARA MASA DEPAN ROLEX
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.