DAVID BECKHAM DUTA KEMPEN TERBARU TUDOR #BORNTODARE
Jenama jam terkemuka, Tudor baru-baru ini mengumumkan perlantikan bekas bintang bola sepak terkemuka dan ikon gaya, David Beckham sebagai duta terbaru untuk kempen #BornToDare. Susuk tubuh Beckham memperagakan jam tangan Tudor boleh dilihat menerusi gambar-gambar kempen yang dilancarkan semalam. Pemilihan Beckham dilihat cukup bersesuaian dengan prestasi dan dedikasi beliau dalam pelbagai bidang, ditambah pula dengan pesona dan prestasinya. Ternyata aura Beckham dilihat jelas terpapar mewakili jam tangan Tudor yang dinamik, teguh, mewah dan solid.

Jelas Beckham, beliau sendiri tertarik dengan perincian dan ketepatan yang ditampilkan setiap utas jam tangan Tudor yang melengkapi gayanya. Malah jelas pengasas Tudor, Hans Wilsdorf jam tangan lasak ini sememangnya diciptakan untuk menyokong kempen “Born To Dare” malah bersesuaian dengan Beckham yang dilihat sentiasa mencabar diri dalam apa jua situasi. Untuk itu, Tudor ternyata mengalu-alukan kehadiran Beckham dalam keluarga besar Tudor.


Kempen Tudor #BornToDare ini menyaksikan Beckham segak beraksi dengan beberapa persalinan, menyarung Black Bay S & G iaitu jam diinspirasi dari rekaan vintaj keluli tahan karat, serta Black Bay Chrono, jam tangan chronograph yang diiktiraf COSC.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Jun 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.










