G-SHOCK MR-G x BRUCE LEE
Siapa yang tidak mengenali bintang seni bela diri lagenda, Bruce Lee. Dalam meraikan kehebatan pelakon dan juga pengasas konsep Jeet Kune Do itu, jenama jam tangan G-Shock hari ini memperkenalkan model MRG-G2000BL-9A, bersempena meraikan ulang tahun ke-80 beliau tahun ini.

Melihatkan perincian rekaan kali ini, ia dilihat lebih garang dengan gabungan warna hitam dan kuning diilhamkan daripada sut rasmi Bruce Lee dalam filem Game of Death yang popular suatu ketika dahulu. Di samping itu, MRG-G2000BL-9A juga mempunyai bezel anggun yang disalut dengan karbon seperti berlian untuk meningkatkan ketahanan jam tangan istimewa ini.

Menariknya, jam tangan edisi khas ini turut hadir dengan kata-kata yang ditatah di belakang jam yang berbunyi, “Using no way as a way, having no limitation as limitation,” berserta tandangan Bruce Lee menggunakan aksara Cina “龍” atau naga bagi nama samaran Bruce Lee. Menarik bukan?

Harganya? Dijual terhad kepada 300 unit sahaja pada harga RM17,000 bermula April ini. Jika ingin mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke G-SHOCK SoHo untuk mengetahui lebih lanjut.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











