GARMIN FENIX 6 SELIA TAHAP KECERGASAN AIMAN DAN ZAHIRAH DI WELLNESS RETREAT
Baru-baru ini, GL berkesempatan untuk menyertai GARMIN Wellness Retreat di Glamzspace, Genting Highland di mana pasangan dua sejoli, Aiman Hakim Ridza serta Zahirah MacWilson turut sama menyertai kembara dua hari satu malam ini. Melapangkan jadual yang yang padat dari kesibukan pengambaran, kedua-dua mereka yang juga selaku duta kepada edisi Fenix 6 ini turut disertai dengan beberapa media lain dalam menjalani beberapa aktiviti menyihatkan dan seterusnya tahap kecergasan kami serta yang lain-lain dipantau oleh GARMIN Fenix 6 yang nyata istimewa.

Menyaksikan betapa pentingnya gaya hidup sihat, GARMIN sememangnya satu jenama jam tangan gaya hidup pintar yang menyokong rutin seseorang dalam menawarkan pemantauan berkesan dan kembara GARMIN Wellness Retreat ini sememangnya satu usaha terbaik memperkenalkan spesifikasi terhebat jam tangan ini. Untuk ini, Garmin melancarkan Fenix 6, Fenix 6S dan Fenis 6X, tiga jam tangan pintar yang menyasarkan individu yang banyak melakukan aktiviti senaman dan luar yang lasak. Antara aktiviti yang dirancang ketika kembara eksklusif ini adalah HIIT, yoga seta hiking.


KEUNGGULAN GARMIN FENIX 6
Fenix 6 dan Fenix 6S menawarkan skrin sebesar 1.3″ dan 1.2″ berwarna dengan pilihan skrin yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 3 yang tahan lasak yang mampu bertahan dalam apa jua cuaca dan keadaan muka bumi malah menyertakan ciri Power Manager yang membolehkan jam bertahan dalam tempoh yang lama sehingga beberapa hari walaupun diguna seharian.

Kedua, ianya hadir dengan fungsi tambahan lain seperti kemampuan mengesan kepekatan oksigen dalam darah, PacePro yang membantu pengguna melakukan larian terbaik bergantung kepada keadaan, mengesan pola tidur dan bateri tubuh yang memberitahu pengguna jumlah tenaga pada tubuh ketika melakukan aktiviti luar serta membantu pengguna menguruskan jadual rutin senaman, waktu rehat, dan waktu tidur.

Keseluruhan Fenix 6 Series didatangkan bersama sokongan GPS sekaligus membolehkan pengguna membaca peta di dalam hutan tanpa memerlukan rangkaian mudah alih seterusnya menyokong fungsi kalis air sehingga kedalaman 100 meter. Ia nyata tahan lebih lasak menerusi kerangka badan Titanium jadi anda tidak perlu risau menjalani apa jua aktiviti.
Berikut adalah harga setiap satu koleksi Fenix 6:
- Fenix 6S = RM2999 (Sapphire = RM3950)
- Fenix 6 = RM2999 (Sapphire = RM3950)
- Fenix 6X Sapphire = RM4199
- Fenix 6X Pro Solar = RM4699 (Titanium body)
- Fenix 6X Pro Solar = RM5699 (Titanium body & bracelet)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PRADA SS27, MENETANG ‘USELESS DESIGN’
Prada SS27 menentang ‘useless design’ menerusi koleksi ‘Clarity’. Saksikan bagaimana Jaehyun NCT & Troye Sivan menghidupkan visi minimalis. Apabila dunia fesyen hari ini terlalu sarat dengan siluet oversized, Miuccia Prada dan Raf Simons memutuskan untuk bertindak. Mereka memotong segala perkara yang tidak penting dalam almari pakaian lelaki. Koleksi Musim Bunga/Panas 2027 (SS27) diberi judul “Clarity”…
FRED PERRY LANCAR KOLEKSI TENIS 2026 DI KUALA LUMPUR
Sukan bertemu gaya jalanan premium. Terokai reka bentuk moden dan warisan gelanggang dalam Koleksi Tenis Fred Perry 2026 terbaharu.
TALK TO MY MANAGER 2: SENARAI PEMENANG MUSIM INI!
Talk To My Manager 2 telah berakhir dengan barisan pemenang yang sentiasa menjadi kesukaan penonton setiap minggu program ini.
5 BAPA YANG BUKAN SELEBRITI TETAPI DIKENALI DAN MENJADI PERHATIAN
Walaupun bukan dikalangan selebriti, namun senarai bapa ini ternyata dikenali dan kisah mereka menjadi perhatian.
RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS
Rado melancarkan siri DiaStar Original Skeleton dengan tiga warna musim panas bertenaga. Ketahui kehebatan enjin Swiss kaliber R808 di sini.
VOCO KUCHING RASMI DIBUKA, HOTEL PERTAMA VOCO DI MALAYSIA
Landskap hospitaliti di Sarawak kini ke era baharu dengan pembukaan voco Kuching, hotel pertama di bawah jenama voco hotels di Malaysia.











