GARMIN MERAIKAN 5 IKON TERNAMA TANAH AIR DENGAN SIRI MARQ
GARMIN, jenama jam tangan pintar gaya hidup dan GPS terkenal memperkenalkan koleksi MARQ, siri yang membariskan 6 jenis multisukan yang berbeza mengikut tuntutan aktiviti serta rutin gaya hidup yang berbeza. Pelancaran yang diadakan baru-baru ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke 30! Koleksi MARQ ini turut menampilan ciri dan spesifikasi istimewa lagi tersendiri dalam enam bidang berbeza iaitu automotif, penerbangan, sukan, aktiviti luar dan marin.
Bersempena meraikan tuntutan berbeza bidang-bidang ini, enam jenis dari koleksi MARQ diperkenalkan iaitu Athlete, Adventurer, Aviator, Captain, Commander dan Driver.

Pada hari pelancaran, GARMIN teleh menjemput beberapa penampilan khas, iaitu ikon ternama dari setiap bidang untuk berkongsi tentang kejayaan peribadi mereka di samping pengalaman mereka menggunakan edisi MARQ ini, yang terdiri daripada pelumba kereta antarabangsa Zen Low, bekas juruterbang Malaysia Airlines Datuk Captain Nik Huzlan, atlet olimpik sukan layar Khairulnizam Mohd Afendy, wartawan perang Chris Lau dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David.

(L-R) Mr. Ivan Ong, Senior Sales and Marketing Manager of Aeco Technologies(M) Sdn Bhd, Mr. Jason Tan, Mr. Zen Low, Datuk Captain Nik Huzlan, Mr. Khairulnizam Mohd Afendy, Mr. Chris Lau, Datuk Nicol David & Mr. Dickson Cheah, Marketing Executive of Aeco Technologies (M) Sdn Bhd.
Masih mengekalkan DNA siri Fenix, koleksi ini menerima sentuhan premium seperti badan titanium dengan bahagian muka hadapan dilapisi kaca safira berkualiti, dan antara ciri-ciri menarik yang ditampilkan adalah penjejak satelit geolokasi, Wi-Fi, NFC untuk Garmin Pay serta Bluetooth. Untuk kecergasan, selain sensor lokasi, giroskop, akselerometer, sensor barometer, kompas, dan termometer juga hadir berfungsi dalam mengumpul data-data penting sepanjang aktiviti dan lain-lain.

Siri MARQ boleh dimiliki dengan harga tertera:
- MARQ Athlete – RM7,999
- MARQ Aviator – RM10,500.00
- MARQ Adventurer – RM9,500
- MARQ Captain – RM9,999.00
- MARQ Commander – RM9,500
- MARQ Driver – RM13,500
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERSONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
8 LAGU TERBAIK TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki menyenaraikan 8 lagu terbaik 2025 yang mendominasi carta, media sosial dan emosi pendengar daripada balada jiwa ke pop nostalgik.
5 FILEM KLASIK & IKONIK BERTEMA ‘HOLIDAY’
Salah satu aktiviti di musim perayaan yang membawa nilai nostalgik ialah dengan menonton filem klasik dalam 'holiday season' kali ini.
FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN
Filem Pangku arahan Reza Rahadian kini ditayangkan di Malaysia dengan jalan cerita penuh peribadi dan menyentuh emosi penonton.
ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS
Bleu de Chanel, Allure Homme Sport Superleggera & L’Exclusif. Ketahui aroma, personaliti dan gaya pemakaian
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.











