Skip to content

WAH! HENRY GOLDING TERSENARAI DALAM TIME 100 NEXT

Kongsikan artikel ini

Aktor kelahiran Malaysia yang menempa nama di Hollywood, Henry Golding sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam TIME 100 Next, iaitu individu berpotensi besar membawa perubahan dalam bidang diceburi. Senarai ini mengetengahkan 100 bintang meningkat naik di seluruh dunia yang membentuk masa hadapan perniagaan, sukan, politik, sains dan kesihatan. Wo, this is totally a big deal!

https://www.instagram.com/p/B40TpqJhjF6/

“Gembira menjadi sebahagian daripada @time Next 100 dengan insan yang benar-benar istimewa. Terima kasih momma @michelleyeoh_official untuk petikan itu,” kata Golding menerusi kepsyen di laman Instagramnya.

Pelakon utama filem Crazy Rich Asians itu disenaraikan dengan selebriti antarabangsa seperti Camila Cabello, Billie Eilish, Liza Koshy, Jason Reynolds, Ezra Miller dan Ryan O’Connell. Henry juga turut membintangi 2 filem Hollywood lain seperti A Simple Favor di sisi Anna Kendrick, dan yang terbaru The Last Christmas di samping Emelia Clarke.

Pada laman sesawang rasmi TIME, pelakon wanita Hollywood dari Malaysia, Michelle Yeoh juga meletakkan pandangannya terhadap Golding dengan menggambarkan beliau adalah seorang yang tidak melupakan asal usulnya.

“Bangsanya, latar belakang dan kejayaan beliau menggambarkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan – bahawa kami semua adalah satu bangsa, satu budaya sejagat dan kami semua tidak lagi perlu bercakap mengenai kontroversi yang mengelilingi soal perwakilan.

“Saya bangga usahanya untuk mewakili Asia,” kata Yeoh yang juga membintangi filem Last Christmas bersama Golding. (Sumber: Astro Awani)

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 5 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut