Skip to content

HIMPUNAN ELEGANT LONGINES: DIPERKEMAS BERONA BIRU

Kongsikan artikel ini

Dipaparkan pada dail serta tali jam, rona biru disanjung buat wajah baru himpunan elegant garapan Longines. Penawaran terbaru ini terus membiaskan nilai utamanya yakni sifat elegan. Ditawarkan dengan seleksi pilihan laman dail, koleksi ini menggabungkan kesederhanaan yang bergaya klasik berbalas tradisi asli rumah arloji ini. Maka, mencintrakan satu himpunan yang indah bernadi gerakan mekanikal yang eksklusif untuk Longines.

Sekian lamanya, Longines membina reputasi dengan tiga nilai asas yakni tradisi, prestasi pencapaian dan Elegan. Kemudian membentuk inspirasi untuk menciptakan himpunan Elegant dalam usahanya memenuhi sifat serta tafsiran keanggunan yang sempurna. Kini, barisan jam tangan diperluaskan dengan kehadiran seleksi pilihan laman dail serta dipersembahkan dalam rona terbarunya, biru. Sejajar dengan slogan yang diungkapkan Longines, “Elegance is an attitude”.  Koleksi ini adalah epitome yang menjulang sofistikated serta kecanggihan setiap variasi jam tangannya. Manakala, versi biru ini memperkukuhkan sisi prestij langsung menjadi pilihan baik jejaka mahupun wanita hari ini.

 

Sebagai perkenalan rona baru ini, Longines menambah sentuhan gaya moden dan pembaharuan kepada The Longines Collection Elegant. Sekali gus tidak menjejaskan susuk rekaan signaturnya. Laman dail perincian sunray biru ditawarkan dengan indeks atau penanda jam bertatahkan berlian juga disempurnakan sama ada bertali kulit buaya dalam rona biru atau bergelang keluli tahan karat. Malah, versi kontemporari ini dipertontonkan dalam lima saiz termasuk 25, 29, 34.5, 37 dan 39 mm. Sesuai juga selesa dipakai pada pergelangan tangan lelaki serta wanita. Menggariskan kepakaran tradisi dan ketukangan jam tangan Longines, kesemua jam tangan dalam koleksi Longines Elegant berpaksikan nadi automatik yang eksklusif hasil kearifan garapan Swiss.

Oleh Zuhairie Sahrom

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut